home Third Force BERKONGSI REZEKI DENGAN PEK RAMADHAN KEPADA GOLONGAN ASNAF

BERKONGSI REZEKI DENGAN PEK RAMADHAN KEPADA GOLONGAN ASNAF

BERKONGSI REZEKI DENGAN PEK RAMADHAN KEPADA GOLONGAN ASNAF

SANDAKAN – 19 May 2018 | Alhamdulillah hari ini beberapa keluarga asnaf dapat disantuni oleh para sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah di beberapa buah kampung di sini.

1001 hikmah yang diperolehi dengan aktiviti sebegini bersama asnaf. Kehidupan asnaf yang serba kekurangan, tinggal di rumah usang dan kelengkapan yang tidak lengkap di samping menghadapi masalah keuwangan dan pekerjaan sudah cukup menginsafkan manusia yang mahu berfikir.

Image may contain: one or more people and outdoor
“Kehidupan asnaf yang serba kekurangan, tinggal di rumah usang dan kelengkapan yang tidak lengkap di samping menghadapi masalah keuwangan dan pekerjaan sudah cukup menginsafkan manusia yang mahu berfikir.”

Ramai orang beranggapan bahawa aktiviti ini adalah untuk membantu fakir miskin. Namun jauh dari itu sebenarnya akitiviti mengedarkan PEK RAMADAHAN ini sebenarnya adalah untuk membantu membentuk peribadi yang lebih baik kepada semua sukarelawan. Bayangkan di tengah cuaca panas terik dan dalam keadaan berpuasa tanpa gaji atau imbuhan apapun para sukarelawan mengerahkan segala kudrat untuk pergi ke rumah-rumah asnaf. Satu mujahadah diri tanpa disedari.

Terima kasih yang tak terhingga kepada team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah yang bersungguh-sungguh turun padang membantu asnaf. Begitu juga kepada YM Dr Raja Shamri Bin Raja Husin beserta keluarga besar PERKALAS @ The 3rd Force Sabah di seluruh Malaysia yang tanpa jemu membantu dari pelbagai segi sehinggalah aktiviti kemanusiaan ini dapat terlaksana. Mari kita berdoa agar Allah sentiasa merahmati kita semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.