home Third Force MENZIARAHI WARGA EMAS ASNAF YANG PERLU DIBANTU

MENZIARAHI WARGA EMAS ASNAF YANG PERLU DIBANTU

MENZIARAHI WARGA EMAS ASNAF YANG PERLU DIBANTU

SERI MANJUNG, 23 Jun 2018 – Salah satu masalah kesihatan dalam kalangan warga emas adalah masalah untuk berjalan. Begitulah masalah kesihatan yang dialami pasangan suami-isteri, Haji Mokhtar bin Mohd Yasin (71 tahun) dan Hajah Fatimah bt Yen (81 tahun) yang telah diziarahi oleh 5 sukarelawan The Third Force Perak pagi ini.

Keadaan lutut Opah Fatimah dah semakin teruk sehingga tidak boleh berjalan. Daripada apa yang dimaklumkan, kami rasa opah ini menghadapi masalah otot dan tulang yang disebabkan oleh perubahan degeneratif pada sendi lutut. Kemungkinan besar, opah ini pun ada penyakit athritis. Tambahan lagi opah ini menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tinggi.

Haji Mokhtar memaklumkan yang beliau juga ada masalah pada lutut dan memerlukan pembedahan. Tetapi beliau terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana tak ada sesiapa yang akan menjaga isterinya. Pasangan ini tidak dikurniakan anak. Opah Fatimah yang berasal dari Sarawak mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan yang pertama tetapi anak-anaknya semua menetap di Sarawak

Semasa Thirdforce Perak menerima permintaan untuk membantu pasangan warga emas ini, kami dimaklumkan yang opah itu memerlukan katil beroda, kerusi roda dan lampin pakai buang.

Image may contain: 2 people, people sitting
menziarahi pasangan suami-isteri, Haji Mokhtar bin Mohd Yasin (71 tahun) dan Hajah Fatimah bt Yen (81 tahun) yang mengalami maslah kesihatan

Alhamdulilah bagi meringgankan sedikit beban kami telah menyampaikan sumbangan lampin dewasa dan juga Pek Syawal. Sebelum ke sana, kami merasakan yang Haji Mokhtar adalah pesara Navy sebab pemberi maklumat adalah pegawai TLDM. Memang tepat sangkaan sebab beliau merupakan pesara Navy yang merupakan batch rekrut TLDM yang rintis di Lumut dan bersara pada tahun 1985. Pencennya RM1200 sebulan. Haji Mokhtar telah banyak berjasa kepada negara. Beliau dulu bertugas sebagai hydrographer yang melukis carta untuk Navy. Inilah yang diharapkan oleh kami sebab Hj Mokhtar sebagai ahli Persatuan Veteran TLDM, beliau akan dapat manfaat dan bantuan. Menurut Haji Mokhtar, beliau telah membuat permohonan bantuan kepada pegawai di sana dan beliau diminta untuk isi borang. Tetapi rasanya warga emas ini berharap petugas di sana untuk menyelesaikan urusan dokumentasi untuknya. Kami mendapat maklumat Persatuan Pesara TLDM adalah satu unit yang mengikut protokol dan memerlukan permohonan secara hitam putih dan bukan sekadar makluman sahaja tanpa sebarang bukti. Menteri Pertahanan baharu, Mat Sabu pun terpaksa akur kepada protokol yang ditetapkan. Apa lagi seorang pesara. Mesti ada dokumentasi sebagai bukti. Berikutan kes ini pihak sukarelawan-sukarelawan kita akan mendapatkan borang dan membantu beliau untuk membuat permohonan untuk katil, ripple mattress and kerusi roda secara tertulis. Kita confident yang permohonan peralatan akan diperolehi dengan cepat. There is a saying “The NAVY looks after its own”.

Pada masa yang sama banyak lagi keistimewaan yang lain beliau akan dapat sebagai ahli persatuan veteran dan diharapkan dapat membantu Haji Mokhtar dan Hajah Fatimah. Misalnya beliau boleh memohon bantuan kewangan injection gel untuk lutut isterinya.

Pada masa sekarang, mereka sangat memerlukan kerusi roda yang tahan lasak sebab yang ada sudah rosak. Haji Mokhtar yang hanya memiliki motorsikal lama dan motorsikal ini tidak dapat membantu beliau menghantar isterinya ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan . Oleh sebab itu beliau hanya menggunakan kerusi roda dari rumah ke Hospital Manjung melalui jalan tar. Kalau guna short-cut, jangka masa adalah lebih kurang 15 minit. Kerusi roda yang adalah sumbangan ehsan jiran yang telah terpakai. Menurut Haji Mokhtar tenaga kudrat yang tidak seberapa menolak Opah Fatimah dengan kerusi roda memberi kesan, beliau juga mengalami kesakitan di bahagian lutut dan tangan.

Kita di Thirdforce Perak amat berharap pihak Persatuan Veteran TLDM akan bertindak cepat setelah mendapat permohonan secara hitam-putih untuk meringankan beban pasangan warga emas ini. Pada masa yang sama, kami juga akan membantu mereka untuk memohon bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jom Jadi Orang Baik-baik.

Together we can make a difference.

Dilapor oleh:
Miss Cheah Li Na
Pn Rosni Ismail
The Thirdforce Perak
23 Jun 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *