home Construction UPDATE BANTUAN PEMBINAAN PONDOK KECIL KAK WANI DAN ANAK-ANAK

UPDATE BANTUAN PEMBINAAN PONDOK KECIL KAK WANI DAN ANAK-ANAK

UPDATE BANTUAN PEMBINAAN PONDOK KECIL KAK WANI DAN ANAK-ANAK

Alhamdulillah, pagi ini tukang kita telah mulakan kerja-kerja mendirikan tiang untuk rumah kecil ini.

Puan Wani ialah seorang ibu tunggal beranak 5 yang miskin dan tidak berkemampuan. Beliau kini sedang menumpang di rumah saudaranya di Kg Pasir Pekan Hilir. Atas keterbatasannya sebagai seorang ibu tunggal sudah pasti beliau tidak akan mampu untuk membina sebuah rumah untuk meneruskan kelangsungan hidupnya bersama anak-anak yang dikasihi.

Image may contain: one or more people, tree, outdoor and nature
seramai 5 orang tukang pinjaman telah datang untuk menghulurkan tenaga. Pastinya kita tidak mampu untuk membayar upah sebanyak seperti yang sepatutnya, namun mereka tetap juga datang menghulur tenaga.

Beliau tidak mempunyai apa-apa kecuali sekeping tanah pusaka yang sekangkang kera dari arwah ibunya.

Dengan ehsan daripada kita semua, hari ini Allah telah izinkan untuk kita dirikan tiang untuk pembinaan rumahnya.

Pagi ini seramai 5 orang tukang pinjaman telah datang untuk menghulurkan tenaga.

Pastinya kita tidak mampu untuk membayar upah sebanyak seperti yang sepatutnya, namun mereka tetap juga datang menghulur tenaga.

InsyaAllah selepas ini akan ada lagi yang datang membantu.

InsyaAllah rumah kecil berukuran 30x20kps ini akan dibina sehingga siap dengan sokongan kalian.

Jom kita sama2 hulurkan bahu untuk memikul amanah yang besar ini

Kita doakan semoga Allah permudahkan usaha kita ini.

Sekian perkongsian dari:-
Kak Yong
TF Pasir Pekan
Hp: 0179239831

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *