home Newsletters, Third Force UPDATE BANTUAN 3.0 UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG KUKUSAN

UPDATE BANTUAN 3.0 UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG KUKUSAN

UPDATE BANTUAN 3.0 UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG KUKUSAN

TAWAU – 26 JUN 2018 | Malam ini team sukarelawan PERKALAS@ The 3rd Force Sabah sekali lagi turun padang untuk rasa kepedulian kepada mangsa kebakaran yang masih tinggal dikhemah sementara.

Bekalan Kopi, Baldi, gayung, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, shampo, sabun cuci dan pakaian telah diserahkan kepada 37 ketua keluarga mangsa. Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah penerima ini.

Ada pemandangan sayu apabila melihat kanak-kanak dan keluarga mereka tidur hanya beralas kain tanpa bantal berhimpit-himpit di dalam khemah. Kanak-kanak mangsa kebakaran ini riang bermain di tilam sumbangan. Mereka bergembira seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun ibu bapa mereka saat ini pasti runsing untuk memulakan hidup baru. Bukan senang nak mencari rumah sewa yang kosnya murah di Tawau. Nak membina rumah baru juga bukan kepalang mahalnya. Persoalan utama ialah di mana penempatan semula itu ?. Untuk membina rumah perlukan tanah dan kawasan baru aku pasti mereka tidak mampu membelinya.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
menyampaikan Bekalan Kopi, Baldi, gayung, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, shampo, sabun cuci dan pakaian telah diserahkan kepada 37 ketua keluarga mangsa

Semoga nasib mereka semua terbela selepas pasca kebakaran ini. Hati kecilku dan para sahabat seperjuang dalam PERKALAS@ The 3rd Force Sabah begitu bimbang memikirkan nasib para mangsa ini. Manakan tidak semenjak 7 tahun lalu menceburi dunia kesukarelawan ini entah berapa kali kes kebakaran besar berlaku. Sehingga sekarang ada mangsa kebakaran di kampung lain masih tinggal di dalam khemah sementara sejak hampir setahun yang lalu. Bayangkan tinggal di khemah yang luasnya 10 kaki X 8 kaki hidup bersama keluarga.

Ada ratusan mangsa yang masih tinggal di rumah kongsi transit kebakaran sejak dua tahun lalu. Mereka bukan tidak mahu berpindah ke rumah sewa. Namun mereka ini ialah fakir miskin yang pasti sangat susah untuk menyewa rumah RM600 sebulan belum termasuk kos api dan air. Oleh sebab itu mereka tabah memilih berteduh di dalam khemah atau rumah kongsi transit sehingga sekarang.

Bagi kami setiap masalah pasti ada jalan penyelesainnya. Antara penyelesaian jangka pendek ialah menguruskan rumah flat PPR di setiap daerah dengan lebih telus dan sistematik. Semua sedia maklum objektif utama pembinaan rumah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) ialah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan tidak mampu membeli rumah. Pasti ada tempat untuk para mangsa kebakaran ini. Selain itu pembukaan penempatan baru yang strategik mungkin boleh menyelesaikan permasalahan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada keluarga besar PERKALAS@The 3rd Force Sabah yang begitu komited membantu gerak kerja kebajikan di sini. Rakan-rakan yang begitu telus membantu untuk mengurangkan beban para mangsa ini.

Setinggi penghargaan ini juga kami ucapkan kepada team parlimen P191 Kalabakan wira dan wanita Warisan yang sentiasa komitmen memberikan ruang dan kemudahan terbaik untuk team sukarelawan mengagihkan bantuan dengan mengurangkan karena birokrasi sehingga para mangsa terus menerima bantuan orang ramai tanpa terlalu banyak protokol. Begitu juga dengan rakan-rakan daripada pasukan RELA, pihak APM, JKM dan PDRM yang bersengkang mata membantu para mangsa ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *