home Third Force BANTUAN KILAT UNTUK MANGSA KEBAKARAN KG GAS, JALAN BATU SAPI

BANTUAN KILAT UNTUK MANGSA KEBAKARAN KG GAS, JALAN BATU SAPI

BANTUAN KILAT UNTUK MANGSA KEBAKARAN KG GAS, JALAN BATU SAPI

SANDAKAN – 27 JUN 2018| Alhamdulillah team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah berkesempatan menyampaikan bantuan awal kepada para petugas yang bertungkus lumus mengendalikan mangsa kebakaran selain memberikan air minuman dan pakaian kepada para mangsa.

Image may contain: 1 person, standing
menyampaikan bantuan awal kepada para petugas yang bertungkus lumus mengendalikan mangsa kebakaran selain memberikan air minuman dan pakaian kepada para mangsa

Sedih melihat oku yang terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat oleh sukarelawan kita di sana. Difahamkan kawasan agak terhad untuk mengumpulkan mangsa disatu kawasan in sya Allah kami percaya esok pagi pasti permasalahan ini akan dapat diselesaikan oleh para petugas yang dipertanggungjawabkan.

Jom sahabat-sahabat di Sandakan yang berkelapangan bersama membantu lebih 700 orang mangsa kebakaran di kawasan ini. Apapun keperluan asas sangat mereka harapkan. Bukan jumlah jadi ukuran namun rasa peduli itu yang paling penting di saat-saat genting ini.

Terima kasih kepada cikgu Haris, Ustaz Jalil, puan Maisarah dan seluruh sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah yang bertungkus lumus menyalurkan bantuan. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *