home Latest News HARAPAN MOKTEH SEBELUM DIJEMPUT ILAHI

HARAPAN MOKTEH SEBELUM DIJEMPUT ILAHI

HARAPAN MOKTEH SEBELUM DIJEMPUT ILAHI

ISNIN | 2 JULAI 2018 – Hari ini, Team Aura Draja bersama Thirdforce Pasir Puteh sekali lagi menziarahi asnaf makcik Maskelsom atau lebih dikenali sebagai Mokteh yang tinggal di Kg padang tembesu Tumpat Kelantan…

Kunjungan team kami membawa sedikit sumbangan kalian orang baik-baik seperti beras, barangan dapur dan toto untuk cucu mokteh dapat tidur dengan lebih selesa berbanding sebelum ini tidur beralaskan tikar dan toto yang sudah reput..

Tempoh hari kita telah menyiarkan kisah ini di Facebook Abang Raja. makluman awal diperolehi bahawa Makcik Kalsom ni bekerja mengambil upah perkhidmatan mengurut untuk menanggung 13 orang termasuk suaminya yang sedang mengidap penyakit buah pinggang tahap empat.

Jika sebelum ini suaminya yang bekerja, sejak dia sakit punca pendapatan makcik kalsom hilang kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Dengan berharap bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak Rm150 sebulan sudah semestinya tidak mencukupi bagi ibu tua ini kerana terpkasa menampung kos untuk membeli pampers dan susu suaminya.

Image may contain: food
Keadaan rumahnya yang sangat uzur, atap yang berlubang menyebabkan mokteh tidak dapat duduk atas rumahnya ketika hujan

Makcik kalsom mempunyai 4 orang anak ,salah seorang anaknya Rosli yang baru meninggal dunia beberapa bulan lalu, meninggalkan isteri dan 5 anaknya yang mana isteri nya tidak bekerja..

Maka ibu tua inilah terpaksa menggalas lagi tanggungjawab menyara menantu dan 5 cucu nya itu..Cucu sulongnya yang berusia 18 tahun pula mengidap penyakit stroke saraf dan tidak dapat berjalan.

Oleh itu, sukarelawan Thirdforce telah berusaha bertemu dengan pegawai JKM Tumpat untuk menguruskan penambahan bantuan pakcik musa iaitu suami kepada mokteh daripada RM150 kepada RM300 sebulan.

Alhamdulillah dengan kerjasama yang telah lama kita jalinkan bersama JKM tumpat telah memberikan keputusan yang positif.

Ini sekali gus dapat meringankan beban kos untuk membeli pampers dan susu pakcik musa yang kini sedang terlantar sakit buah pinggang..

Sayu hati kami melihat keadaan keluarga mokteh yang serba kekurangan.. Keadaan rumahnya yang sangat uzur, atap yang berlubang menyebabkan mokteh tidak dapat duduk atas rumahnya ketika hujan.. dan keadaan rumah tanpa tandas juga menyukarkan anaknya menguruskn ayah yang kini sedang terlantar sakit..

Jelas terpancar kesedihan mokteh bila dia menceritakan keadaan dirinya yang tidak dapat bekerja sebagai mengambil upah mengurut akibat penyakit asthma yang dialaminya menyebabkan hilangnya punca pendapatan mokteh yang perlu menanggung 13orang termasuk cucunya yang kematian bapa beberapa bulan lalu..keadaan rumahnya yang sangat uzur menyebabkan mokteh dan cucunya terpaksa keluar dari dalam rumah untuk mengelakkan bumbung-bumbung kayu yang sudah reput jatuh atasnya bila ribut dan angin kuat..

Diharap agar sumbangan kecil kami ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mokteh sekeluarga serta dapat juga membuat mereka gembira disebalik kesusahan yang sedang mereka alami..

Sama-sama kita sebarkan gelombang jom jadi orang baik baik.. Terima kasih pengawai JKM Tumpat dan semua penyumbang. Ayuh kita berusaha membantu Mokteh ini ya.

Laporan dari
Sukarelawan 3rdforce dan team Aura Draja
Dshamz Careline
0145173791

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *