home Latest News JANGAN PERNAH PINGGIRKAN ATAU MENGABAIKAN MEREKA

JANGAN PERNAH PINGGIRKAN ATAU MENGABAIKAN MEREKA

JANGAN PERNAH PINGGIRKAN ATAU MENGABAIKAN MEREKA

SEMPORNA – 1 JULAI 2018 | Alhamdulillah setelah letih menempuhi perjalanan darat dengan misi bantuan kebakaran dari Tawau ke Sandakan dan hari ini dari Sandakan terus ke Semporna untuk singgah menziarahi saudara-saudara asnaf dan fakir miskin. Namun semua tetap bersemangat untuk menyebarkan gelombang kebaikan ini.

Image may contain: 1 person
pak cik Rajim antara yang dikunjungi oleh pengasas The Thirdforce, Raja Shamri Raja Husin. melihat keadaan para asnaf ini di pondok yang dibina oleh para sukarelawan sambil memberi kata-kata semangat, berkongsi barangan dapur dan bersama berdoa meminta kepada Allah untuk kesejahteraan mereka.

Tidak akan pernah sama melihat gambar di media sosial berbanding turun melihat sendiri kedaifan asnaf kita di depan mata. Atas alasan ini YM Dr Raja Shamri Bin Raja Husin yang merupakan penasihat (PERKALAS @ TF Sabah) bersama adik-adik sukarelawan turun langsung melihat keadaan para asnaf ini di pondok yang dibina oleh para sukarelawan sambil memberi kata-kata semangat, berkongsi barangan dapur dan bersama berdoa meminta kepada Allah untuk kesejahteraan mereka.

Mereka merupakan orang-orang terpinggir yang memerlukan pembelaan dari kita semua. Kami percaya bumi Sabah atau Malaysia ramai orang baik-baik yang sanggup menolong para asnaf ini namun tidak mengetahui keadaan sebenar asnaf. Hari ini kita membuktikan bahawa ada ramai lagi golongan daif ini yang perlu diperhatikan.

Kisah Pakcik Rajim, Makcik Juita dan Puan Kamariah hanya segelintir yang dapat disoroti kamera. Golongan ini ada ramai lagi yang belum mendapat pembelaan sewajarnya. Ingat jangan pernah salah menyalahkan. Kita ambil ini sebagai karunia Allah untuk kita sama-sama mengambil saham akhirat kita masing-masing. Semoga ini menjadi sebuah momentum untuk kita semua lebih bersemangat menjadi sebahagian keluarga “JOM JADI ORANG BAIK-BAIK”.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *