home Columns TANPA TAJUK: SEMANGAT YANG TIDAK ADA PADA KAMI

TANPA TAJUK: SEMANGAT YANG TIDAK ADA PADA KAMI

TANPA TAJUK

TAWAU – 3 JULAI 2018 | Dalam hidup ini kita sering merasa hidup kita lebih susah berbanding orang lain. Lumrah manusia lebih memikirkan akan kepentingan atau keselesaan diri daripada menjaga kepentingan orang lain. Jangan hairan dengan kejadian sebegitu kerana watak atau peribadi manusia itu berbeza-beza.

Beberapa hari yang lalu banyak yang kulihat di depan mata ketika aku bermusafir bersama rakan-rakan menziarahi asnaf di daerah lain. Bukan pertama kali team PERKALAS @ 3rd Force Sabah bermusafir dengan jelajah asnaf kami di Sabah. Namun baru-baru ini ia satu permusafiran yang lain kerana ditemani oleh team HQ dan Abang YM Dr Raja Shamri Bin Raja Husin dan Hariri.

Image may contain: food
keadaan kaki yang melecet teruk pengasas The Thirdforce, YM Raja Shamri Raja Husin. Bayangkan manusia OKU sepertinya kelihatan sangat bersemangat di depan orang ramai. Dari pagi hingga ke malam dengan kaki palsunya tetap semangat membantu mangsa kebakaran dan fakir miskin

Banyak perkongsian ilmu yang aku dan sahabat-sahabat sukarelawan dapatkan daripada Abang Raja. Abang Raja selalu memesankan akan kepentingan menjaga hubungan baik dengan team dan orang lain. Jangan meminta kepada manusia mintalah segala sesuatu kepada Allah itu juga merupakan pesan yang melekat di kepala ku. Saat ini sering manusia menggunakan apapun cara untuk mendapatkan sesuatu dengan cara mengampu atau lebih hina dari itu dengan menjilat. Mungkin mereka lupa yang memberi rezeki itu ialah Allah bukan manusia.

Abang Raja juga sering memesankan dalam gerak kerja kesukarelawan ini kita akan menemui watak-watak yang kadang buat kita tersenyum sendiri melihat pelbagai topeng. Bukan sedikit kes watak-watak bertopeng ini PERKALAS temui namun seperti biasa Jangan marah teruskan berbuat kebaikan.

Abang Raja juga mengajarkan kami untuk menyebarkan gelombang kebaikan ini semua perlu dimulakan pada diri sendiri dan keluarga terdekat. Semua ini perlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Bayangkan manusia OKU sepertinya kelihatan sangat bersemangat di depan orang ramai. Dari pagi hingga ke malam dengan kaki palsunya tetap semangat membantu mangsa kebakaran dan fakir miskin. Tanpa ada yang tahu kaki melecet sehingga berdarah. Hanya kepada Allah Abang Raja mengadu. Ini contoh tauladan kepada semua bahawa untuk memilih jalan kebaikan pasti bukan mudah cabaran dan kekurangan itu merupakan warna warni perjuangan. Jangan jadikan ia sebagai penghalang atau menggunakannya untuk meminta simpati.

Untuk menjadi seorang manusia yang berjaya jangan pernah “cengeng” dengan kesempitan serta kesusahan yang dialami. Tetap semangat untuk menempuhi hari-hari mendatang. Tiada manusia yang sempurna pesan abang Raja oleh itu sentiasa memaafkan mereka sebilang masa.

Ruginya hidup jika hanya menggunakan akal tanpa menggunakan hati. Akal boleh buta kerana terlalu lama hati terbiar kerana manusia sibuk mempercantik luaran semata agar dapat dilihat menarik. Malah ada yang sanggup menipu diri sendiri yang penting sedikit madu dapat disedut. Ramai manusia lupa dengan menjaga hati selautan madu yang tidak bertepi bakal menjadi milikmu walau ketika itu ketertarikan mu dengan madu itu telah sirna kerana yang kau dambakan ialah pemilik mutlak si madu.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.