home Third Force Ziarah asnaf Kak Wani di Pasir Pekan, Tumpat.

Ziarah asnaf Kak Wani di Pasir Pekan, Tumpat.

Ziarah asnaf Kak Wani di Pasir Pekan, Tumpat.

03 Julai 2018- Tiga orang sukarelawan Thirdforce Pasir Puteh hari ini hadir menziarahi salah seorang asnaf dibawah seliaan kak Yong wakil Thirdforce Wakaf Bharu. Sedikit sumbangan berupa barangan dapur turut disampaikan agar dapat meringankan beban kak Wani sekeluarga.

Image may contain: plant, tree and outdoor
kak wani merupakan seorang ibu tunggal yang kini menyara 5 orang anaknya. Beliau sekeluarga kini sedang menumpang di rumah saudaranya di Kg Pasir Pekan Hilir.

Kisah kak wani pernah dikongsikan oleh abangraja sebelum ini. Dimana, kak wani merupakan seorang ibu tunggal yang kini menyara 5 orang anaknya. Beliau sekeluarga kini sedang menumpang di rumah saudaranya di Kg Pasir Pekan Hilir.

Bilangan isi rumah yang agak ramai di rumah berkenaan menyebabkan Kak Wani berasa tidak selesa terutama anak perempuannya yang semakin meningkat dewasa. Beliau juga kadang-kadang berasa malu kerana telah lama menumpang dirumah saudaranya itu.

Untuk itu, kak Yong selaku wakil Thirdforce dahulu pernah bercadang membina sebuah pondok kecil untuk keluarga ini. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, kerja-kerja bagi membina sebuah pondok kecik untuk keluarga ini masih berjalan.

Untuk projek pembinaan rumah kak wani ini kita masih memerlukan beberapa bahan binaan untuk menyiapkannya.

Peluang terbuka untuk merebut saham akhirat masing-masing. Bagi mereka yang ingin turut sama membantu boleh sentiasa mengikuti perkembangan kes ini yang diketuai oleh Kak Yong sendiri Thirdforce Pasir Pekan, 0179239831.

Laporan oleh Faizal
sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *