home Newsletters, Third Force SEBUAH TEGURAN DAN KRITIKAN ITU AKAN MENJADI LEBIH INDAH JIKA DISERTAKAN NASIHAT DAN SOLUSI

SEBUAH TEGURAN DAN KRITIKAN ITU AKAN MENJADI LEBIH INDAH JIKA DISERTAKAN NASIHAT DAN SOLUSI

SEBUAH TEGURAN DAN KRITIKAN ITU AKAN MENJADI LEBIH INDAH JIKA DISERTAKAN NASIHAT DAN SOLUSI

TAWAU _6 JULAI 2018 | Baru-baru ini heboh di media sosial tentang isu anjing-anjing liar tidur dimeja para peniaga sayur di Hill top.

Kritikanpun datang bak peluru kepada para peniaga kecil di situ. Sehinggakan ada yang meminta gerai para peniaga sayur kecil-kecilan ini dirobohkan. Para peniaga kecil tersepit bayangkan bagaimana nasib mereka jika gerai mereka mencari nafkah untuk anak isteri mereka dirobohkan. Kesan ini juga pasti berdampak kepada warga disekitar kawasan ini yang menjadikan deretan gerai ini untuk mendapatkan bekalan sayur mayur.

PERKALAS@The 3rd Force Sabah terpanggil untuk berbuat sesuatu walaupun kecil untuk membantu para peniaga kecil ini. Yaa para peniaga kecil ini mungkin di satu sisi salah namun jika kita perhalusi dengan hati inilah waktunya dakwah secara berhikmah dan menang-menang haruslah diusahakan.

Image may contain: one or more people, outdoor and nature
Para peniaga bersatu hati untuk membina dan membaik pulih keadaan tempat berniaga sayur seperti yang dijanjikan oleh mereka iaitu menambah baik keadaan struktur tapak jualan

Petang kemarin sukarelawan PERKALAS@ The 3rd Force Sabah ditemani Puan Rosnani Ali telah bertemu salah seorang wakil peniaga sayur ini di HQ kami. Beberapa pandangan, cadangan dan teguran telah dibincangkan untuk langkah selanjutnnya. Pada malam hari pula pertemuan kali ke dua antara pihak peniaga sayur, sukarelawan PERKALAS@Tf Sabah dan rakan media Amir Anuar telah berbincang sambil mengedepankan permintaan masyarakat dan kehendak pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk ada tindakan perubahan positif dan memastikan hal sebegini tidak berulang lagi.

Para peniaga bersatu hati untuk membina dan membaik pulih keadaan tempat berniaga sayur seperti yang dijanjikan oleh mereka iaitu menambah baik keadaan struktur tapak jualan. Pemasangan pagar hari ini adalah langkah pertama mengatasi masalah anjing liar Selain itu, pembersihan meja dan juga parit dibuat agar dapat menyelesaikan serba sedikit masalah yang dihadapai.

Pihak berkuasa (MPT) telah turun padang hari ini untuk membuat pemeriksaan (lesen penjajah sementara) secara baik dan terbuka kepada pemilik- gerai. Sebanyak 8 buah gerai di berikan notis (penutupan sementara) bermula hari ini 6.7.2018 sehingga 9.7.2018 (3 hari) bagi menjalankan operasi pembersihan dan juga membaik pulih semula gerai para peniaga.
Pemeriksaan lesen jualan yg dibuat oleh pihak berkuasa (MPT) mendapati terdapat 2 buah gerai tidak memiliki lesen berniaga yang sah. Kedua-dua peniaga itu diberi peluang untuk menguruskan lesen mereka.

Justeru, pihak peniaga sayur berjanji selama 3 hari tempoh masa yang diberi notis oleh pihak berkuasa (MPT) akan digunakan untuk membuat pembersihan, proses menyamak dan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh warga tawau khasnya dan jugak egensi-agensi yang terlibat amnya atas kesilapan dan khilaf mereka.

Terima kasih kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), rakan-rakan penguatkuasa, Saudara Amir Anuar Utusan Borneo, Puan Rosnani Ali, para belia Kg Tator dan semua yang terlibat kerana rass peduli untuk saling membantu sesama manusia.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *