home Third Force BANTU HOMELESS MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING

BANTU HOMELESS MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING

BANTU HOMELESS MENGIKUT KEMAMPUAN MASING-MASING

TAWAU _ 15 JULAI 2018 | Ada segelintir manusia apabila disebut homeless atau gelandangan mereka akan menyampah dan memandang sinis dengan golongan ini. Ada juga yang melebelkan golongan homeless atau gelandangan sebagai seorang yang “PEMALAS” kerana mempunyai tubuh badan yang sihat namun tidak mahu bekerja dan berusaha.

Pagi tadi adik-adik sukarelawan ingin memasang tikar di ruang solat di WARKOP Budak Kaki lima. Sebelum memasang tikar lantai itu perlu dialas dengan kotak baru rasa selesa memijaknya. Jadi adik-adik mencari kotak dan berhubung terus kepada salah seorang homeless dan membeli kotak yang homeless ini kumpul.

Image may contain: one or more people and outdoor
Mereka siang malam bekerja mengikut keterbatasan mereka. Kotak, botol minuman, kertas buangan atah surat khabar, plastik dan besi buruk mereka kumpulkan untuk dijual kepada peraih-peraih barang kitar semula.

Sebelum kita melemparkan tuduhan-tuduhan sebegini kepada homeless cuba luangkan masa mengenali mereka. PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah berusaha mengenali mereka sejak 4 tahun yang lalu. Bagi kami mereka ini bukan pemalas. Mereka siang malam bekerja mengikut keterbatasan mereka. Kotak, botol minuman, kertas buangan atah surat khabar, plastik dan besi buruk mereka kumpulkan untuk dijual kepada peraih-peraih barang kitar semula. Bukan ka itu juga satu usaha atau kerja yang halal ??.

Ya pendapatan mereka pasti kecil namun itu saja yang mereka tahu dan mereka mahir. Untuk meminta pekerjaan yang lebih memerlukan keterampilan dan kelulusan mereka manalah ada itu semua. Pakai baju atau seluar saja compang camping adakah majikan mahu menerima mereka ??.

Dari sudut kesihatan mental atau emosi homeless ini juga tidak sesempurna seperti manusia normal. Ada dalam kalangan mereka yang dibuang keluarga, di halau dari rumah oleh isteri, oleh anak ada anak-anak gelandangan ini menjadi mangsa perceraian ibubapa yang menyebabkan mereka terabai dan hidup di kaki lima atau langsung tidak mempunyai keluarga. Mahu tidak mahu hidup bergelandangan itulah pilihan yang mereka ada. Pasti emosi mereka tidak stabil.

Jadilah orang baik-baik dengan berprasangka baik kepada golongan fakir miskin dan homeless ini. Tuhan jadikan mereka dalam keadaan serba kekurangan di depan mata kita pasti bersebab.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *