home Latest News PORTABLE SHOWER UNTUK GELANDANGAN

PORTABLE SHOWER UNTUK GELANDANGAN

PORTABLE SHOWER UNTUK GELANDANGAN

Semalam abangraja berkesempatan menghadiri satu program penyampaian ‘portable shower’ kepada third force oleh kakitangan bank yang sedang menjalani latihan selama 3 bulan. Ini merupakan salah satu tugasan mereka sebagai tanggungjawab sosial korporat. Portable shower ini telah direka oleh En. Bugs Tan untuk memudahkan gelandangan yang mempunyai kesukaran untuk mencari tempat-tempat mandi.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and shoes
Portable shower ini telah direka oleh En. Bugs Tan untuk memudahkan gelandangan yang mempunyai kesukaran untuk mencari tempat-tempat mandi.

En. Bugs ini adalah salah seorang penasihat Universiti Teknologi Malaysia yang banyak terlibat dengan kerja kebajikan dan seorang yang amat disegani dalam dunia rekacipta. Portable shower yang direka khas oleh En. Bugs Tan untuk gelandangan ini mengambil kira situasi dan kesukaran yang dihadapi oleh gelandangan.

Dalam sesi penyerahan ini, abangraja juga mengambil peluang ini menerangkan third force ini adalah satu gelombang yang menggalakkan masyarakat menjadi orang baik-baik dengan memupuk semangat saling membantu antara satu sama lain. Disamping itu, abangraja berkongsi pengalaman dan cabaran sepanjang menjalankan kerja-kerja kemanusiaan.

Abangraja mengucapkan terima kasih kepada kakitangan bank yang terlibat dan En. Bugs Tan diatas keprihatinan mereka dalam menjayakan inovasi portable shower ini yang setidak-setidaknya dapat membantu golongan gelandangan. Insyaallah, abangraja bercadang untuk menghantar portable shower ini ke Sabah membantu gelandangan disana.

Selain itu, abangraja amat mengalu-alukan penyertaan mereka ini dalam keluarga besar third force dan bersama-sama kita membantu dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Semoga mereka ini sentiasa diberkati oleh Allah.

Jom jadi orang baik-baik!

Mohd Faizal
Thordforce Volunteer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *