home Latest News PERLAKSANAAN PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA ( DWEN ) DI KVSM

PERLAKSANAAN PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA ( DWEN ) DI KVSM

PERLAKSANAAN PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA ( DWEN ) DI KVSM

LEKIR, 19 Julai 2018 – Unit Bimbingan dan Kaunseling KV Seri Manjung (UBK KVSM) akan menganjurkan Program Dasar Warga Emas Negara ( DWEN). Program ini dilaksanakan dengan tujuan mendidik dan membudayakan nilai, sikap dan amalan saling hormat-menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan. Salah satu aktiviti yang akan diadakan adalah bergotong-royong membersihkan rumah warga emas asnaf yang memerlukan bantuan.

Image may contain: 4 people, people sitting
Program Dasar Warga Emas Negara ( DWEN). Program ini dilaksanakan dengan tujuan mendidik dan membudayakan nilai, sikap dan amalan saling hormat-menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan

UBK KVSM telah memohon kerjasama dari The Third Force Perak untuk mendapat maklumat warga emas yang dibawah jagaan NGO ini yang memerlukan bantuan untuk bergotong-royong membersihkan rumah. Warga emas yang disyorkan adalah Opah Azizah bt Kadir (67 tahun) yang mengajar orang kampung beliau untuk mengaji Quran. Opah ini telah dilanda musibah apabila dinding dapur beliau runtuh akibat hujan lebat pada bulan lepas.

Pada 19 Julai 2018, 3 kaunselor dari UBK telah bersama sukarelawan Third Force Perak untuk menziarahi Opah Azizah di rumahnya di Batu 15, Lekir untuk berbincang tentang bantuan gotong-royong yang diperlukan dan juga melihat keadaan dapur yang telah dibaiki dan juga halaman rumah selepas kerja membaiki dinding dapur dibaiki.

Selepas perbincangan dengan Opah Azizah, tarikh tentatif untuk bergotong-royong oleh UBK dan PEERS adalah pada 10 Ogos 2018. Mereka akan dibantu oleh sukarelawan.TF Perak dari kawasan Lekir.

Semoga program ini dapat memberi kesedaran awal kepada warga kolej terutamanya pelajar tentang kepentingan menghargai warga emas dan meningkatkan kesedaran golongan ini.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK.

Together we can make a difference.

Dilaporkan oleh:
Miss Cheah
Thirdforce Perak
19 Julai 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *