home Third Force PROGRAM DAPUR SYURGA UNTUK HOMELESS, ANAK-ANAK TANPA NEGARA DAN BURUH SAMPAH

PROGRAM DAPUR SYURGA UNTUK HOMELESS, ANAK-ANAK TANPA NEGARA DAN BURUH SAMPAH

PROGRAM DAPUR SYURGA UNTUK HOMELESS, ANAK-ANAK TANPA NEGARA DAN BURUH SAMPAH

SEMPORNA_18 JULAI 2018 | Rambut kuning kekeringan, kuku jari kehitaman, berkaki ayam, tidur sesuka hati di kaki lima dan pakaian yang entah berapa lama tidak digantikan merupakan identiti kebanyakan mereka yang hidup di jalanan dan di sekitar tong sampah untuk mencari rezeki.

Golongan ini yang berusaha sentiasa sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah dekati untuk lebih mengenali mereka sambil berkongsi rezeki yang ada. Tiada istilah jijik atau perasaan takut untuk mendekati sahabat-sahabat homeless, anak-anak tanpa negara dan buruh sampah. Contoh malam ini team kami bersama makan malam di tempat golongan sasar.

Image may contain: 2 people, people sitting and table
Mereka manusia sama seperti kita bukan binatang. Mereka juga punya keinginan seperti kita. Namun kerana status tanpa negara generasi mereka terabai dari dulu sehingga sekarang.

Sukarelawan mengajari mereka tentang kebersihan contohnya membasuh tangan sebelum makan. Duduk bersila semasa makan. Sambil bertanya khabar serta mendengar keluhan atau kisah hidup mereka. Itu yang menyebabkan kami di PERKALAS@TF SABAH sangat menghormati golongan ini kerana kami kenal, kami tahu permasalahan mereka serta ketabahan mereka hidup di jalanan dengan segala penindasan dan jauh sekali rasa peduli sebilangan besar masyarakat kepada mereka.

Mereka manusia sama seperti kita bukan binatang. Mereka juga punya keinginan seperti kita. Namun kerana status tanpa negara generasi mereka terabai dari dulu sehingga sekarang.

Mungkinka sebagai buruh sampah mereka tidak layak berdiri sama tinggi atau duduk sama rendah dengan kita ????. Mereka sama seperti kita diciptakan oleh Allah.

Aku tertarik oleh ungkapan saudara Ali Batu salah seorang sukarelawan sinior di dalam PERKALAS@3rd Force Sabah yang bersamaku dalam gerak kerja kemanusiaan ini sejak tujuh tahun lalu…

” Har.. anjing itu haram, tapi yang lebih haram dari anjing itu har ialah menzalimi sesama manusia”. Ini kata-kata sahabatku yang sehingga sekarang tersemat di kepalaku.

Marilah kita membuat perubahan pada diri kita untuk memandang dengan mata iman kita. Dengan pandangan sebegitu pasti aura kasih sayang untuk semua makhluk Tuhan akan terungkap dimulut, di hati dan diperbuatan kita seharian. Pengasas thirdforce abangraja sebelah kaki berkaki palsu saban hari membantu seolah-olah tidak pernah penat … tidak pernah letih … kenapa kita yang normal ini ada saja alasan sedangkan apa yang kita buat ini semuanya bekalan untuk kita sendiri ke akhirat nanti.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *