home Third Force PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR BULANAN KEPADA ASNAF

PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR BULANAN KEPADA ASNAF

PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR BULANAN KEPADA ASNAF

TAWAU _ 18 JULAI 2018 | Alhamdulillah sekali lagi Allah masih mengizinkan sukarelawan PERKALAS @TF SABAH menyantuni asnaf dengan pek barangan dapur bulanan.

Malam ini seramai 15 keluarga telah diziarahi. Pek Barangan dapur ini mengandungi beras, minyak masak, tepung 1kg, gula 1kg, teh, susu pekat manis, asam jawa, garam, mee sedap goreng, mee soto dan ikan bilis kopek. Jumlahnya pasti kecil di mata kita yang berpendapatan namun sangat bermakna dan mengurangkan beban sarah hidup asnaf ini.

Image may contain: 1 person
di luar sana ada ramai asnaf dalam diam mereka makan pun susah, rumah atau pondok mereka hanya kayu reput dibuat lantai dan berdinding papan lapis buruk

Apa yang cuba kami di PERKALAS@TF SABAH sampaikan setiap kali program atau misi bantuan kami ialah agar kita sama-sama menyedari bahawa di sekitar kita masih ramai manusia yang hidup dalam kekurangan.

Dalam kita mengeluh kos hidup meningkat, nak bayar kereta, nak bayar rumah, nak bayar bil api air, nak bayar belanja anak sekolah, restauran mana yang hendak dituju malam ini makan malam sekeluarga, menu apa yang nak dimasak untuk makan tengahari esok. Tetapi di luar sana ada ramai asnaf dalam diam mereka makan pun susah, rumah atau pondok mereka hanya kayu reput dibuat lantai dan berdinding papan lapis buruk.

Ini semua berlaku di sekitar kita. Namun kesibukan kita dengan menguruskan urusan masing-masing kadang kita terlepas pandang dengan saudara-saudara fakir miskin kita. Jom kita didik diri untuk menjadi manusia yang lebih peduli nasib golongan fakir dan memerlukan. Semoga sedikit kepedulian ini Allah buka pintu rezeki, Allah jadikan kelapangan hati kita dan keharmonian keluarga kita. Abangraja pengasas thirdforce sering berpesan agar kita jangan mudah menghukum sebaliknya sama-samalah kita berebut untuk mendapatkan saham akhirat masing-masing sikit sorang.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *