home Construction, Newsletters UPDATE RUMAH SYURGA KAKAK (ANAK YATIM 4 BERADIK)

UPDATE RUMAH SYURGA KAKAK (ANAK YATIM 4 BERADIK)

UPDATE RUMAH SYURGA KAKAK (ANAK YATIM 4 BERADIK) : BERAT SAMA DIPIKUL KASIH SAYANG SAMA DI RASA

19 Julai 2018 – Gaal | Baik pulih rumah anak yatim 4 beradik yang dalam proses baik pulih menunjukkan kemajuan yang baik. Terima kasih kepada tukang rumah yang sentiasa memberikan kerjasama dalam usaha kita semua membantu anak yatim ini. Kita bersyukur didatangi tukang rumah dan pekerja binaan orang-orang kampung yang juga ada fikir untuk agama dan sama-sama mengasihi anak-anak yatim ini.

Image may contain: outdoor
keadaan rumah anak yaitm piatu yang tingga di Kg Gong Datok, Gaal

Dalam pada itu, sukarelawan tertarik dengan gelagat adik-adik Kakak Nadira (Kakak yang sulung) yang turut sama membantu tukang rumah untuk menyiapkan rumah mereka. Mereka sudah tentunya tidak sabar untuk melihat rumah mereka mempunyai sebuah dapur dan bilik air yang lengkap serta sebuah tambahan bilik tidur yang mungkin telah lama didambakan.

Apa-apa pun, usaha dan niat mereka untuk membantu tukang rumah sudah pastinya juga menjanjikan saham akhirat kepada mereka.

Apabila hendak membantu, tidak semestinya kita hanya membantu orang susah atau fakir miskin sahaja, malahan orang miskin juga mampu membantu setidak-tidaknya menyumbangkan tenaga. Inilah yang ditunjukkan adik-adik ini apabila bersama-sama menyumbangkan tenaga untuk menyiapkan rumah mereka.

Kita tidak menjanjikan sebuah rumah yg sempurna banglo besar tapi cukuplah sekadar ianya dapat menyediakan tempat berteduh yang bersesuaian dengan keadaan mereka. Apa yang penting adalah kita berikan mereka kehidupan bukan sekadar sebuah rumah. Kita doakan yang terbaik untuk nadira dan adik-adiknya.

Sukarelawan third force juga telah menerima perkhabaran positif setelah berhubung dgn unit Hal Ehwal Murid Yayasan Islam Kelantan berkenaan usaha untuk menukarkan persekolahan adik-adik ini yang dulunya tersekat. Insyaallah, sekiranya tiada apa-apa halangan mereka akan dapat bersekolah seperti biasa.

Abangraja sangat teruja dengan perkhabaran ini kerana bagi abangraja hanya pendidikan sahajalah yg mampu mengubah nasib anak2 ini. Semoga mereka dapat menyambung pembelajaran dengan cepat.

Untuk terus bersama-sama membantu dan membeli saham akhirat masing-masing dalam program bantuan rumah anak-anak yatim 4 beradik ini bolehlah PM / mesej ke inbox facebook page ini atau whatsapp abangraja 017-387 2232

Kes diselia oleh
Faizal
Ramadan
Penghulu Hisyam
Pak Imam Ya

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri
#rajashamri2022
#rumahsyurgakakak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *