home Third Force SEDEKAH JUMAAT KE EMPAT : YATIM DI SAYANGI MISKIN DI SANTUNI

SEDEKAH JUMAAT KE EMPAT : YATIM DI SAYANGI MISKIN DI SANTUNI

21 Julai 2018 – Pasir Pekan | SEDEKAH JUMAAT KE EMPAT : YATIM DI SAYANGI MISKIN DI SANTUNI

Image may contain: 6 people, people sitting
100 orang anak-anak prihatin bersama 50 keluarga asnaf telah diraikan dengan menyedia hidangan berupa bubur nasi, sate, mee, roti, pizza, kuih donat dan buah-buahan.

Alhamdulillah selesai program sedekah Jumaat untuk kali ke empat bulan Julai. Walaupun hujan ribut telah berlaku sebelum majlis bermula namun majlis telah berjalan lancar sehingga tamat. Program yang disusun untuk menyempurnakan amanah kalian untuk memberi makan dan meraikan anak-anak prihatin ini berakhir pada jam 7 petang.

Seratus orang anak-anak prihatin bersama 50 keluarga asnaf telah diraikan dengan menyedia hidangan berupa bubur nasi, sate, mee, roti, pizza, kuih donat dan buah-buahan. Turut bersama dalam majlis anak-anak yatim dari Rumah Bakti Kedai Buluh. 50 keluarga asnaf juga menerima sedekah beras dan gula untuk dibawa pulang. Disediakan juga sumbangan cermin mata percuma untuk asnaf yang mempunyai masalah penglihatan.

Terimakasih kepada team yang terlibat. Semuga sedekah ini akan berpanjangan.

Lapuran dari kak yong
TF Pasir Pekan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *