home Religion Catatan Dhuha : MENUNAIKAN JANJI

Catatan Dhuha : MENUNAIKAN JANJI

Catatan Dhuha : MENUNAIKAN JANJI

22 Julai 2018- Hari ini, Ali sukarelawan thirdforce menggantikan abangraja bagi mengimamkan solat dhuha memandangkan ketiadaan Abangraja yang outstation untuk beberapa hari.

Dibacakan kitab Riyadus Solohin yang bertajuk ‘Menunaikan Janji. Banyak kali topik ini diceritakan didalam al Quran contohnya melalui surah al israk ayat ke 34,

“Penuhilah janji, kerana janji itu dipertanggungjawabkan”. Allah juga menjelaskan menerusi surah An-Nahl “dan penuhilah perjanjian kepada Allah, sekiranya kamu menjanjikannya”. Juga menerusi surah Al-Maidah ayat 1, sekali lagi Allah mengingatkan “wahai orang beriman! penuhilah janji-janji itu”.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Ali sukarelawan thirdforce menggantikan abangraja bagi mengimamkan solat dhuha memandangkan ketiadaan Abangraja yang outstation untuk beberapa hari.

Allah menjelaskan dalam surah Al-saf ayat 2 hingga 3″ wahai orang beriman! Mengapa kamu mengucapkan perkara-perkara yang tidak kamu kerjakan. Besar sekali dosanya disisi Allah sekiranya kamu mengucapkan perkara-perkara yang tidak kamu kerjakan itu.

Ada hadis yang menerangkan perkara ini. Abu hurairah melaporkan, Rasullulah berkata “tanda-tanda orang munafik ada tiga. Iaitu sekiranya dia bercakap dia berdusta. Sekiranya berjanji dia tidak menunaikan, dan sekiranya dia diberi amanah, dia mengkhianatinya. Direkodkan oleh Bukhari dan muslim. Juga ditambah dalam rekod muslim “meskipun orang itu berpuasa, bersembahyang, dan mengaku dirinya seorang muslim.

Disebabkan itulah, Abangraja juga sering menasihati sukarelawan thirdforce supaya tidak mudah berjanji apabila menzirahi asnaf walaupun janji-janji yang dianggap remeh.

Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran berkaitan topik hari ni. Jom sama-sama sebarkan gelombang kasih sayang.
#catatandhuha
#wearethethirdforce
#togetherwearestronger

Laporan affifuddin
Sukarelawan thirdforce.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *