home Construction UPDATE BANTUAN RUMAH SYURGA KAKAK (ANAK YATIM 4 BERADIK)

UPDATE BANTUAN RUMAH SYURGA KAKAK (ANAK YATIM 4 BERADIK)

UPDATE BANTUAN RUMAH SYURGA KAKAK (ANAK YATIM 4 BERADIK)

22 Julai 2018 – Gaal | Kerja-kerja baik pulih rumah anak yatim 4 beradik telah pun masuk minggu yg ke-2. Seperti biasa, pok adik (tukang rumah) dan seorang pekerja akan mula bekerja seawal jam 8 pagi utk baik pulih rumah ini. Ketika ini, baik pulih rumah syurga kakak berjalan lancar dengan dinding dapur dan bilik air boleh dikatakan 60% siap didirikan. Insyaallah, sekiranya siap dinding itu tukang rumah memaklumkan akan dapat memulakan kerja-kerja menyiapkan lantai dapur dan pemasangan atap zink.

Image may contain: one or more people, food and outdoor
dinding dapur dan bilik air boleh dikatakan 60% siap didirikan. Insyaallah, sekiranya siap dinding itu tukang rumah memaklumkan akan dapat memulakan kerja-kerja menyiapkan lantai dapur dan pemasangan atap zink

Syukur Alhamdulillah, setakat ini kerja-kerja baik pulih ini sentiasa dipermudahkan oleh Allah. Anak yatim 4 beradik ini juga sering menghulurkan bantuan kepada tukang rumah ini yang sedikit sebanyak. mempercepatkan proses baik pulih rumah.

Nadira, kakak sulung sempat meluahkan perasaan syukurnya sewaktu ditemui digerai makan tempat kerjanya dan amat menghargai bantuan yang telah diberi kepadanya dan adik-adik.

Sukarelawan thirdforce sentiasa mendoakan segala urusan dalam projek ini sentiasa dipermudahkan dan anak yatim 4 beradik ini mendapat rahmat dari Allah S.W.T.

Untuk terus bersama-sama membantu dan membeli saham akhirat masing-masing dalam program bantuan rumah anak-anak yatim 4 beradik ini bolehlah PM / mesej ke inbox facebook page ini atau whatsapp abangraja 017-387 2232

Kes diselia oleh
Faizal
Ramadan
Penghulu Hisyam
Pak Imam Ya

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri
#rajashamri2022
#rumahsyurgakakak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *