home Latest News, Newsletters IBU TUNGGAL WARGANEGARA MALAYSIA TIGA ANAK KECIL YANG BERPENDAPATAN RM15 SEHARI PERLUKAN RASA PEDULI KITA SEMUA

IBU TUNGGAL WARGANEGARA MALAYSIA TIGA ANAK KECIL YANG BERPENDAPATAN RM15 SEHARI PERLUKAN RASA PEDULI KITA SEMUA

IBU TUNGGAL WARGANEGARA MALAYSIA TIGA ANAK KECIL YANG BERPENDAPATAN RM15 SEHARI PERLUKAN RASA PEDULI KITA SEMUA

LAHAD DATU _ 22 JULAI 2018 | Usah pergi jauh keluar negara untuk buat pahala kerana bukankah lebih afdhal membantu yg di Malaysia ta ah air kita terlebih dahulu…

Hebatnya seorang ibu itu tidak ada yang dapat mempertikaikannya. Jasa dan pengorbanan ibu tidak boleh terbalas atau ditukar ganti dengan seisi dunia. Aku masih ingat ibuku setelah mengajarkan kami adik beradik mengaji Quran pasti dipenghujungnya itu akan sentiasa berpesan….”Har hormatilah wanita yang seumur ibu ini sebagai ibumu itu yang membuat hatiku sejuk dan itu jugalah salah satu tanda kau menghormati aku sebagai ibumu”. Pesan itu kusimpan sampai saat ini dan dikongsikan kepada semua sekarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah.

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature
Sumber pendapatan ibu tunggal ini ialah mengambil upah menjemur ikan kering. Dibayar upah sehari RM15, dengan upah ini akan diagihkan untuk perbelanjaan sekolah seorang anaknya dan makan minum mereka seharian.

Hari ini aku nak kongsikan satu kisah ibu tunggal berstatus warganegara Malaysia yang telah kematian suami empat tahun lalu. 3 orang anak yang masih kecil perlu ibu tunggal ini besarkan. Sumber pendapatan ibu tunggal ini ialah mengambil upah menjemur ikan kering. Dibayar upah sehari RM15, dengan upah ini akan diagihkan untuk perbelanjaan sekolah seorang anaknya dan makan minum mereka seharian.

Pilu sukarelawan kami mendengar keluhan ibu tunggal ini kerana kemiskinan yang mereka alami perkara biasa jika mereka makan nasi hanya sehari. Bagaimana keadaan tiga orang anak kecil ibu tunggal ini jika makan hanya sekali sehari.

Baru-baru ini ujian datang lagi kepada keluarga kecil ini. Rumah mereka rusak teruk kerana dimusnahkan oleh angin ribut. Dinding dan bahagian lain rusak teruk. Kerana kurang mampu rumah itu dibina seadanya. In sya Allah team sukarelawan akan berusaha membina rumah itu semampu kami untuk memastikan ibu tunggal dan anaknya boleh hidup lebih selesa.

Terima kasih kepada koordinator kami di Lahad Datu Bro Kidal dan sukarelawan PERKALAS@ The 3rd Force Sabah yang mengambil peduli kes ibu tunggal ini. Doakan kami murah rezeki untuk membantu membaik pulih rumah ini sesegera mungkin.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *