home Religion KULIAH DHUHA: TUTUR KATA MULIA

KULIAH DHUHA: TUTUR KATA MULIA

KULIAH DHUHA: TUTUR KATA MULIA

25 JULAI 2018- Pasir Puteh, Kuliah dhuha hari ini diketuai oleh saudara Ali. Abangraja masih lagi outstation. Hari ini, dibacakan Riyadus Solihin mengenai “TUTUR KATA YANG MULIA”.

Allah juga menjelaskan menerusi surah al-Hijr ayat 88, “Hendaklah kamu merendahkan diri kepada orang yang beriman.”

Dalam surah Ali Imran ayat 149, “sekiranya kamu bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka menjauhkan diri daripada kamu.” Ada hadis menerangkan perkara ini.

Ayat ini mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga tutur kata, dan jangan sesekali menyakitkan hati sesama manusia. Setiap butir percakapan kita menggambarkan baik buruk isi hati.

Adi bin Hatim melaporkan, Rasullulah berkata, “Hendaklah saudara sekalian melakukan sesuatu bagi menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma sahaja. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu melakukan itu, hendaklah bertutur dengan tutur kata yang baik.” Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad berkata, “tutur kata yang baik itu pahalanya sama seperti bersedekah.” Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Abu Zae Ghifari melaporkan, ” Rasulullahberkata kepada saya, “saudara jangan sekali-kali merendah-rendahkan perkara yang dibenarkan oleh Allah untuk saudara lakukan. Walaupun perkara itu hanya memaniskan muka ketika berjumpa sahabat”. Dilaporkan oleh Muslim.

Syukur alhamdulillah, sama-samalah kita mengambil iktibar dan menjaga hubungan sesama manusia. Jaga tutur kata meskipun berbeza pendapat.

#dhuha
#wearethethirdforce
#togetherwearestronger

Laporan Affifuddin
Sukarelawan Thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *