home Third Force TERIMA KASIH KEPADA PERSATUAN KOMUNITI BUGIS SABAH (PKBS)

TERIMA KASIH KEPADA PERSATUAN KOMUNITI BUGIS SABAH (PKBS)

TERIMA KASIH KEPADA PERSATUAN KOMUNITI BUGIS SABAH (PKBS) ATAS ANUGERAH “WIRA MASYARAKAT” KEPADA PERKALAS@THE 3rd FORCE SABAH.

TAWAU _ 28 Julai 2018 | Bertempat di hotel Marco Polo, PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah dijemput oleh PKBS untuk menerima panghargaan “Wira Masyarakat” atas usaha tanpa henti keluarga besar PERKALAS@The 3rd Force Sabah dari seluruh Malaysia menabur bakti membantu masyarakat yang memerlukan di pelusuk negeri Sabah.

HQ telah meminta Setiausa PERKALAS@The 3rd Force Sabah Cikgu Mahadir Hussin beserta barisan sukarelawan muda kami untuk mewakili pengerusi dan sukarelawan lain kerana terlibat dengan beberapa program bersama masyarakat.

No automatic alt text available.
PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah dijemput oleh PKBS untuk menerima panghargaan “Wira Masyarakat” atas usaha tanpa henti

Pengiktirafan ini satu penghargaan kepada seluruh barisan pimpinan dan sukarelawan beserta masyarakat di manapun berada yang sentiasa membantu dan menyumbang untuk kelangsungan gerak kerja kemanusiaan ini.

Pengiktirafan ini juga hasil kerja keras Kekanda kami Yang Mulia Dr Raja Shamri Bin Raja Husin (Founder The 3rd Force) atas bimbingan, nasihat, bantuan, pengorbanan masa dan tenaga untuk menyebar luaskan gelombang jom jadi orang baik-baik ke seluruh negeri Sabah. Begitu juga untuk guru kami Arwah Abah Rosli dan ibu bapa kami atas didikan dan dorongannya lah kami di PERKALAS@The 3rd Force Sabah tetap istiqamah dalam gerak kerja kemanusiaan ini.

Terima kasih kepada Penaung PKBS YBHG Datuk Osman Hj. Jamal (ADUN N.55 Balung), Presiden PKBS. Tuan Hj. Samsul Bahriy Marullah, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-8 Tuan Hj. Arbin Setta dan seluruh jawatankuasa PKBS yang lain kerana mengiktiraf perjuangan anak muda PERKALAS@The 3rd Force Sabah dalam gerak kerja kemanusiaan kami.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.