home Third Force PEK BARANGAN DAPUR UNTUK PARA FAKIR MISKIN

PEK BARANGAN DAPUR UNTUK PARA FAKIR MISKIN

PEK BARANGAN DAPUR UNTUK PARA FAKIR MISKIN

TAWAU _ 29 Julai 2018 | Alhamdulillah hari ini 15 kuarga fakir miskin, anak yatim miskin, warga emas oku miskin, warga emas sebatang kara miskin, ibu tunggal miskin antara penerima pek barangan dapur bulanan daripada PERKALAS@The 3rd Force Sabah.

Image may contain: 1 person, outdoor
15 kuarga fakir miskin, anak yatim miskin, warga emas oku miskin, warga emas sebatang kara miskin, ibu tunggal miskin antara penerima pek barangan dapur bulanan

Golongan fakir miskin dan asnaf ini sangat rajin berkerja dan tidak pernah meminta-minta walau hidup serba kekurangan. Mereka mengusahakan tanaman sayur mayur untuk dijual. Ada yang bekerja mengambil upah sebagai penjaga dusun orang kampung. Kagum melihat anak-anak mereka walau miskin namun dididik dengan adab yang tinggi.

Bantuan barangan dapur yang berupa bahan asas makanan seperti beras, minyak masak, garam, gula, susu, teh, biskut, asam jawa, mee goreng segera, tepung sekilogram, mee sup segera dan ikan bilis hanya itu yang terkandung dalam setiap pek asnaf ini. Jumlahnya tidak banyak namun pasti dapat mengurangkan bebanan hidup para asnaf ini.

Jom sertai kami bersama mengambil saham akhirat masing-masing dengan menyumbang barangan dapur, kewangan, tenaga, kepakaran, idea, kenderaan, pakaian, ubat-ubatan, kayu, zink atau apa sahaja yang boleh mensejahterakan kehidupan fakir miskin atau asnaf di negeri Sabah. Sebarang pertanyaan boleh inbox atau whatsapp nombor di bawah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.