home Construction SAHAM AKHIRAT UNTUK SEMUA : PEMBINAAN SURAU AWAM KE 9

SAHAM AKHIRAT UNTUK SEMUA : PEMBINAAN SURAU AWAM KE 9

SAHAM AKHIRAT UNTUK SEMUA : PEMBINAAN SURAU AWAM KE 9

8 Ogos 2018 – Hari ini 3rd Force melancarkan projek membina sebuah surau awam di Besut Terengganu. Tujuan 3rd Force melancarkan pembinaan ini adalah bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar terutama pekerja klinik kesihatan berdekatan dan pesakit serta keluarga pesakit yang datang mendapat rawatan di pusat kesihatan berdekatan surau yg bakal dibina ini.

Image may contain: sky and outdoor
barang-barang telah dihantar untuk memulakan proses pembinaan.

Surau ini juga bakal menjadi tempat anak-anak dari penempatan berhampiran gunakan sebagai tempat mengaji Qurqan juga untuk program-program ilmu yang lain. Ini adalah surau / masjid ke 9 yang telah kita bina dibawah Rancangan Pembangunan Islam Thirdforce yang dilancarkan abangraja sejak 4 tahun yang lepas. Ianya merangkumi program pembangunan atau pembinaan / baiki / naik taraf surau dan masjid seluruh negara. Jommm bersama kita sama-sama merebut SAHAM akhirat mengikut kemampuan kita.

Kami memerlukan banyak lagi bahan binaan untuk menjayakan projek ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar projek ini akan berjalan dengan lancar. Tukang kata mereka anggarkan 3 minggu boleh siap. Jommmm sertai abangraja dan kami semua kita ambil saham akhirat kita disini.

Kami juga amat berterima kasih kepada kedai Hardware Era Mega maju kerana sanggup memberi kredit dahulu kepada pihak kami untuk barang-barang yang diambil.

Insya Allah para tukang telah memulakan kerja pembinaan hari ini. Mesej ke inbox facebook page abangraja ini untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang atau whatsapp abangraja di 017-387 2232.

#projeksuraugongmedan
#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce

Laporan Jullah
Sukarelawan 3rd Force
8 Ogos 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *