home Third Force JANGAN HINA RAKYAT SABAH MANGSA KEBAKARAN SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN UNTUK NAFIKAN USAHA BANTUAN

JANGAN HINA RAKYAT SABAH MANGSA KEBAKARAN SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN UNTUK NAFIKAN USAHA BANTUAN

JANGAN HINA RAKYAT SABAH MANGSA KEBAKARAN SEBAGAI PENDATANG TANPA IZIN UNTUK NAFIKAN USAHA BANTUAN

Bila kebakaran besar berlaku di Sabah maka keluarlah kenyataan yang menyebut pendatang tanpa izin.. Pati… Pati… Pati… Walhal dengan jelas data yg dikeluarkan oleh bomba dan anggota penyelamat hanpir semua adalah warganegara.

Begitulah berjayanya doktrin yg telah dicipta dalam kepala otak orang awam agar tak mengambil tahu isu kemiskinan, pembantaian dan rasuah, kebakaran yg saban hari berlaku, isi pemilikan tanah dan pelbagai isu rumit saudara seagama kita yang miskin di Sabah.

Yang komen kata mangsa itu semua PATI tupun ramai yang tak pernah jejak kaki ke Sabah apa lagi ke lokasi yg terbakar… Hanya menyampaikan forward info dari orang lain yg juga tak permah ke Sabah.

No automatic alt text available.
carta mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran

Sukarelawan kita di Sabah hari berhempas pulas berhabis wang ringgit membantu mangsa yang rata2 orang miskin warganegara Malaysia. Bayangkan di Likas baru2 ni 700 lebih mangsa semua warganegara. Yang bukan warganegara tak sampai 10 orang tapi orang awam dengan cepat menuduh itu semua mangsa pendatang tanpa izin…

Escapism… Kata2 utk melepaskan tanggungjawab dari gerakkan usaha bantuan. Wahhhh… Hebat sungguh kita menghukum dan membuat spekulasi… Tengok lah sendiri data yg anggota keselamatan keluarkan ini dulu sebelum nak kata apa2…

Kalau PATI sekalipun adakah ianya satu escapism utk kita bantu… sedangkan sejauh syria dan rohingya sampai senget kapal kita hantar bantuan dengan nilaian jutaan ringgit.

Bukaklah mata dan pekalah kita dengan isu kemanusiaan di negara kita sendiri sebelum nak berjuang dan dapat populariti di negara jauh.

Kerana pahalanya jauh ke dekat sama sahaja disisi Allah asalkan ihkhlas keranaNya. Dan pastinya lebih afdhal kita bantu yg dekat dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *