home Medical SUMBANGAN MESIN OKSIGEN KEPADA ADIK AIMAN

SUMBANGAN MESIN OKSIGEN KEPADA ADIK AIMAN

SUMBANGAN MESIN OKSIGEN KEPADA ADIK AIMAN

6 Ogos 2018 | Kota Bharu – semalam selepas kita postkan seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU) Adik Aiman yang menyewa mesin oksigen RM350 sebulan untuk keperluannya telah menarik seorang penyumbang daripada Beta Hilir, Kota Bharu dan beberapa penyumbang lain seluruh negara.

Makcik Wan Muji binti Wan Yusuf, 64 tahun telah menelefon kita supaya mengambil mesin oksigen untuk disumbangkan kepada Adik Aiman.

Mesin oksigen ini digunakan oleh arwah ibunya sebelum ini dan ia masih lagi elok dan tidak perlu servis lagi cuma mungkin kena tukar wire serta kena buat check up sikit dan test dulu.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting
Makcik Wan Muji binti Wan Yusuf, 64 tahun telah menelefon kita supaya mengambil mesin oksigen untuk disumbangkan kepada Adik Aiman

Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana dipertemukan dengan orang baik baik seperti makcik Wan Muji dan ramai lagi yg sentiasa ingin sama membantu. Walaupun harga mesin ini ribuan ringgit harganya, demi saham akhirat itu jauh lebih penting daripada segalanya bagi mereka.

Sebenarnya kita ada senarai panjang asnaf yg memerlukan mesin oxygen ini tapi kita tak cukup sukarelawan utk seliakan semuanya serentak.

Kita akan serahkan mesin oksigen ini secepat mungkin kepada adik Aiman. Ada beberapa mesin oxygen lagi yg ingin diinfaqkan oleh penyumbang tapi lokasinya jauh utk kita pergi ambil… InsyaAllah nanti kita pergi ambil ya…

Dengan adanya sumbangan mesin oksigen ini secara tidak langsung dapat meringankan beban yang keluarga ini dan ramai lagi asnaf yg memerlukannya.

Duit yang telah penyumbang sumbangan untuk membeli mesin oksigen kepada Adik Aiman kita akan berikan kepada keluarga ini untuk menampung kos membeli susu dan sebagainya.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa istiqamah membantu gerak kerja kemanusiaan Thirdforce ini. Tiada apa yang dapat kami ungkapkan selain berdoa agar Allah membalas segala gerak kerja ini.

Jom jadi orang baik-baik

Laporan oleh Ramadan, Din, Faizal
Sukarelawan Thirdforce

#the3rdforce #togetherwearestronger #RajaShamri2022#jomjadiorangbaikbaik #adikAimanWBunut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *