home Third Force UJIAN UNTUK BUMI TAWAU

UJIAN UNTUK BUMI TAWAU

UJIAN UNTUK BUMI TAWAU

TAWAU _ 14 Ogos 2018 | Kesan hentaman angin kencang semalam sekitar 11 malam telah meninggalkan pelbagai kerosakan kepada warga Tawau.

Pokok tumbang di jalan utama yang menyebabkan beberapa kereta dihempap pokok, gerai peniaga yang musnah, rumah atas air ada banyak yang musnah tidak terkecuali penempatan di daratan juga ada banyak yang mengalami kerosakan teruk. Ada sekolah juga terlibat di mana bumbung nya mengalami kerosakan begitu juga dengan surau.

No automatic alt text available.
beberapa kereta dihempap pokok, gerai peniaga yang musnah, rumah atas air ada banyak yang musnah

Bertabahla wahai penduduk Tawau yakinlah pasti ada hikmah di sebalik ini. Kami di PERKALAS@The 3rd Force mengucapkan takziah dia atas semua kejadian ini termasuk saudara-saudara di Sandakan yang turut menerima kesan kemusnahan angin kencang ini pada petang kelmarin. Rumah sukarelawan kami juga tidak terlepas dan menjadi salah satu mangsa dalam kejadian ini.

Mungkin ini teguran Tuhan untuk kita semua, semoga menjadi asbab untuk kita lebih positif dan lebih dekat dengan Allah.

“Dan tidaklah Kami memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakut-nakuti”.[al Israa` : 59].

“Katakanlah (Wahai Muhammad) : “Dia (Allah) Maha Berkuasa untuk mengirimkan adzab kepada kalian, dari atas kalian atau dari bawah kaki kalian, atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan), dan merasakan kepada sebagian kalian keganasan sebahagian yang lain”. [al An’am : 65].

“Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil, dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur (halilintar), dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri”. [al Ankabut : 40].

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *