home Education BANTUAN KHAS UNTUK PELAJAR OKU CACAT PENGLIHATAN

BANTUAN KHAS UNTUK PELAJAR OKU CACAT PENGLIHATAN

BANTUAN KHAS UNTUK PELAJAR OKU CACAT PENGLIHATAN YANG MENDAPAT TAWARAN MENYAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT SARJANA MUDA DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

TAWAU _ 17 Ogos 2018 | Beberapa hari lalu team HQ PERKALAS@TF SABAH menerima satu pesanan whatsapp daripada seorang guru pendidikan khas yang sangat prihatin kepada permasalahan dan masa depan muridnya. Salah seorang muridnya yang bernama Ahar Bin Tabe menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.

Adik Ahar merupakan antara pelajar yang mendapat masalah keciciran pendidikan kerana tidak tahu di mana harus memulakan pendidikan bagi orang-orang buta sepertinya di Sabah ketika itu. Adik Ahar hanya memulakan pendidikan khas pada usia 11 tahun tanpa belajar Braille dan membaca. Namun adik Ahar yang berbangsa Bugis ini bukan anak yang pantang menyerah dengan keterbatasannya.

Adik Ahar berusaha bersungguh-sungguh dan alhamdulillah telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dengan mendapat nilai PNGK 3.25. Satu pencapaian yang sangat baik untuk pelajar yang menghadapi masalah penglihatan.

Image may contain: 2 people, people sitting and text
Adik Ahar berusaha bersungguh-sungguh dan alhamdulillah telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dengan mendapat nilai PNGK 3.25. Satu pencapaian yang sangat baik untuk pelajar yang menghadapi masalah penglihatan.

Ayah adik Ahar hanya bekerja sebagai buruh kasar ladang sawit di Tawau. Ibunya pula jika ada hasil tanaman pisang atau sayur akan menjualnya kepada orang ramai yang berminat. Ibubapa adikni sanggup melepaskan anaknya jauh di Tuaran untuk belajar demi melihat anak mereka berjaya.

Team sukarelawan berusaha menjejaki adik ini namun adik Ahar saat ini berada di KL mengikuti kursus Braille untuk persiapan kemasukan september 2018 di UMS. Alhamdulillah team sukarelawan berjaya menemui ibunya iaitu Puan Sukma di gerai sayur dan buah pisang di tepi jalan simpang airport. Rasa bangga dan puas dapat bertemu ibu ini. Tabah berpanas mencari rezeki demi memastikan anak OKU nya mendapat pendidikan sewajarnya.

Jom sahabat-sahabat kita bantu adik Ahar dan ibubapanya. Kita kurangkan beban mereka, kita permudahkan urusan adik Ahar ke menara gading. Bagi rakan-rakan yang berada di Tawau yang ingin membantu boleh terus ke simpang airport Tawau menemui ibu adik Ahar (di gerai sayur dan buah).

Semoga dengan bantuan kita ini akan melahirkan insan istimewah yang boleh memotivasikan lebih ramai golongan OKU atau keluarga OKU untuk terus berimpian dan berusaha mencapainya.

Terima kasih kepada cikgu Arman Abd Sani kerana maklumat dan keperihatinannya sehingga maklumat ini boleh sampai kepada PERKALAS@TF SABAH.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *