home Third Force EDARAN BARANGAN DAPUR BULANAN UNTUK FAKIR MISKIN

EDARAN BARANGAN DAPUR BULANAN UNTUK FAKIR MISKIN

EDARAN BARANGAN DAPUR BULANAN UNTUK FAKIR MISKIN SEBAGAI ASBAB MEMBUAT KITA LEBIH BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ADA

SANDAKAN _ 17 Ogos 2018 | Hari ini di Taman Harmoni, Sim Sim, Batu 3 dan Batu 2 menjadi lokasi pilihan untuk PERKALAS@3rd Force Sabah menyantuni para fakir miskin dengan peg barangan dapur.

Setiap fakir miskin mempunyai kisah duka mereka tersendiri. Ziarah kali ini terasa lebih bermakna dengan kehadiran anak-anak murid yang ringan tangan mahu bersama guru-gurunya turun padang berkongsi sedikit rezeki yang ada. Terima kasih cikgu Haris, puan Maisarah dan rakan-rakan sukarelawan yang lain.

Keluarga pertama warga emas wanita yang bersusah paya menjual keropok keliling di bandar Sandakan dengan berjalan kaki. Semua ini si nenek gagahi demi untuk menghidupi suami tercinta yang OKU buta. Kesihatan si nenek sering terganggu kerana keletihan dan penyakit tekanan darah tinggi yang dideritainya.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and outdoor
Hari ini di Taman Harmoni, Sim Sim, Batu 3 dan Batu 2 menjadi lokasi pilihan untuk PERKALAS@3rd Force Sabah menyantuni para fakir miskin dengan peg barangan dapur.

Keluarga ke dua juga seorang nenek dan atok yang tabah menjaga anak mereka yang OKU. Saat sukarelawan kami tiba si nenek mengadu tong gas untuk memasak telah habis. Tanpa diminta team sukarelawan terus bergegas mengisi tong gas agar keluarga ini boleh gunakan untuk memasak.

Abang baju merah ini pula bekerja sebagai buruh di kilang ais. Pendapatan yang kecil semua diserahkan kepada keluarga. Abang ini menangung 11 orang termasuk anak isteri dan ibu mertuanya. Bantuan barangan dapur ini tidak banyak namun pasti boleh membantu meringankan beban kepada keluarga ini.

Perkara yang paling menyayat hati para sukarelawan ialah ketika bertemu dengan seorang adik yang berusaha menyuap adiknya hanya dengan nasi kosong sahaja. Tiada lauk pauk untuk adiknya. Ibu bapa mereka tidak mendapat kerja tetap menyebabkan pendapatan keluarga ini juga tidak tetap. Jika kerja tidak ada maknanya dapur pasti tidak berasap. Alhamdulillah hari ini adik beradik ini masih boleh makan nasik kosong. Jika hari lain kadang terpaksa berlapar.

Keluarga seterusnya pula ialah sepasang warga emas berbangsa Cina. Di usia senja mereka hidup dalam penderitaan dan kesunyian. Si suami pula menderita strok beberapa tahun lalu. Makan minum hanya diperolehi dari belas kasih jiran-jiran.

In sya Allah doakan sukarelawan murah rezeki, para penyumbang murah rezeki agar dapur-dapur keluarga diatas sentiasa boleh berasap dan bantuan akan datang dari pelbagai pihak. Mereka pasti tidak akan pernah meraung untuk meminta. Namun kita yang dikurniakan sedikit lebihan rezeki yang harus membuka minda, membuka mata hati untuk terus berkongsi rezeki yang ada kepada golongan seperti fakir miskin di atas.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *