home Latest News PROJEK TELEKUNG MEMUPUK SIKAP PENYAYANG

PROJEK TELEKUNG MEMUPUK SIKAP PENYAYANG

PROJEK TELEKUNG MEMUPUK SIKAP PENYAYANG

Salah satu objektif Program Telekung KV Seri Manjung bersama Hospital Seri Manjung adalah mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang dan sejahtera.

Pada minggu kedua dan keempat setiap bulan team Projek Telekung akan ke surau-surau di Hospital Seri Manjung untuk menghantar telekung yang di cuci oleh pensyarah dan staf KV Seri Manjung. Pada masa yang sama kami akan mengutip telekung yang kotor untuk dicuci.

Selain dari pensyarah dan staf, sukarelawan Thirdforce Junior dari kalangan pelajar kolej akan turut bersama semasa pembungkusan dan penghantaran.

Image may contain: one or more people
team Projek Telekung akan ke surau-surau di Hospital Seri Manjung untuk menghantar telekung yang di cuci oleh pensyarah dan staf KV Seri Manjung.

Kami memang terharu dengan semangat sukarelawan yang tak jemu menyumbangkan masa dan tenaga atas kehendak sendiri untuk kerja-kerja kemasyarakatan ini demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat yang menggunakan surau di hospital.

Sebagai seorang pendidik dan juga ahli keluarga Third Force, kami rasa kerja komuniti yang dijalankan ini mencerminkan sikap sukarelawan yang tidak mementingkan diri. Apabila bersama menjalankan kerja seperti ini, kita bukan sahaja bekerja tanpa dibayar tetapi juga tanpa keuntungan peribadi melainkan berasa puas hati yang terpancar hasil dari perbuatan yang baik dan mulia.

Kami memulakan projek mencuci telekung in pada Januari 2016 dan ini merupakan tahun ketiga.

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menjayakan projek ini.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

Miss Cheah Li Na
TF Perak
18 Ogos 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *