home Columns AMPUNKAN KAMI YA TUHAN JIKA KAMI TAK MAMPU SEMPURNAKAN SEBAIKNYA HAK SAUDARA KAMI YANG MEMERLUKAN

AMPUNKAN KAMI YA TUHAN JIKA KAMI TAK MAMPU SEMPURNAKAN SEBAIKNYA HAK SAUDARA KAMI YANG MEMERLUKAN

AMPUNKAN KAMI YA TUHAN JIKA KAMI TAK MAMPU SEMPURNAKAN SEBAIKNYA HAK SAUDARA KAMI YANG MEMERLUKAN

Seorang abang berusia belasan tahun berhenti sekolah menjaga adik-adik yang masih kecil dengan hanya jadi buruh binaan hidup kais pagi makan pagi setelah kesemua mereka menjadi yatim piatu kematian ayah dan ibu… Kes Zaidi di Tumpat.

Seorang ibu yang kematian suami menderita hidup serba dhaif bersama anaknya yang soleh berusia 10 tahun di sebuah pondok hampir roboh di Pasir Mas… Kes kak rohana di Pasir Mas.

Seorang anak yang berjuang kanser tulang bersama ibunya seorang ibu tunggal dan adik-adiknya yang masih kecil hidup serba kekurangan menumpang ehsan jiran utk berulang alik ke hospital. Sebelah kaki telah dipotong dan beliau seolah pulih dari kanser dan telah kembali ke sekolah… Namun tiba2 setelah hampir setahun sel kanser dikesan semula berada di paru-paru beliau. Kes adik Afza di Rantau Panjang.

Seorang pelajar tahfiz yang terlibat dalam kemalangan maut yang meragut ramai rakan sepembelajarannya bulan puasa tahun lepas. Namun anak ini diizinkan Allah untuk terus bernafas melalui hari2 yg menuntut kesabaran bergantung sepenuhnya dengan susu yg mahal dan saluran paip yg masih berada di kerongkong serta kerosakan serius organ dalaman. Anak yg masih berusaha mengekalkan hafazan 30 juzuknya dlm keadaan terbaring ini perlu berulang alik ke hospital dan ianya sangat menyukarkan si ayah yg hanya bergantung kepada pencen tentera. Kes adik hafiz di Selising Pasir Puteh.

Anak yatim piatu 4 beradik di jaga oleh kakak yg sulung yg berhenti sekolah demi utk menjaga adik-adik di Pasir Puteh… Rumah usang peninggalan pusaka orang tua mereka sedang kita baiki dan dapur serta bilik tidur sedang kita bina semula. Urusan memasukkan adik-adik yg persekolahan mereka tergendala beberapa bulan lepas telah selesai. Cuma nak siapkan rumah mereka agar mereka boleh tinggal dengan selamat. Kes adik nadira Pasir Puteh.

Beratus malah mungkin jumlahnya mencecah ribuan mangsa kebakaran di seluruh negeri yang berlaku pada skala besar hampkr setiap bulan di penempatan yg rata ratanya penduduk miskin Sabah yg ada antaranya telah lebih setahun berada di bawah kheman bantuan tanpa air dan persekitaran yg bersih, pendidikan dan aqidah yg perlu di santuni.

Dan ada beribu lagi kes2 yg tak terbantu oleh saya seorang … 

Jommmm bersama kita jadi orang baik-baik kita sebarkan gelombang kasih sayang ini. InsyaAllahh bersama kita mampu mengubah lebih banyak kehidupan kepada sesuatu yang lebih baik.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *