home Volunteerism HARAPAN THIRDFORCE DILANCARKAN DI INDONESIA

HARAPAN THIRDFORCE DILANCARKAN DI INDONESIA

HARAPAN THIRDFORCE DILANCARKAN DI INDONESIA

JAWA TIMUR, 20 Ogos – Program pertukaran pelajar dan pensyarah antara KV Seri Manjung dan SMK N1 Madiun telah memberi banyak manfaat kepada kedua-dua institusi khususnya kepada pendidikan vokasional negara.

Seramai 6 pelajar dan 3 pensyarah tiba di Jawa Timur sejak 21 Julai lalu dan berada di sana selama 33 hari. Mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 22 Ogos 2018.

Sepanjang berada di negara ini, mereka berpeluang mempelajari kebudayaan di sana Malaysia, melawat instutusi pengajian lain serta berkongsi pengalaman suasana pembelajaran di kolej vokasional Malaysia.

Program pertukaran ter­sebut juga membolehkan pelajar dari pensyarah KVSM mempelajari bahasa indonesia.

Di samping menimba ilmu, 4 pelajar dan 2 pensyarah KVSM yang juga sukarelawan Thirdforce Perak diberi tanggungjawab untuk mempromosi NGO ini di sana.

Selepas majlis perpisahan di SMK N1 Madiun, wakil Thirdforce Perak, En Zainal Hisham bin Zainal Abidin telah menyampaikan brosur dan stiker kepada wakil SMK N1 Madiun.

Jom Jadi Orang Baik -baik.

Sharing oleh:
En Zainal Hisham bin Zainal Abidin
TF Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *