home Third Force JALAN KEBAIKAN ITU TERLALU BANYAK TINGGAL PILIH YANG MANA SATU IKUT KEMAMPUANMU

JALAN KEBAIKAN ITU TERLALU BANYAK TINGGAL PILIH YANG MANA SATU IKUT KEMAMPUANMU

JALAN KEBAIKAN ITU TERLALU BANYAK TINGGAL PILIH YANG MANA SATU IKUT KEMAMPUANMU

TAWAU_ 21 Ogos 2018 | Abang Lan… itu nama panggilan seorang lelaki yang berusia separuh abad tinggal seorang diri di pondok beratap kanvas dan berlantai hanya sekeping papan lapis. Hidupnya serba kekurangan. Telah setahun hidup dalam keadaan sebegini. Pekerjaannya ialah sebagai penjaga tanah kubur di salah satu lokasi tanah perkuburan di daerah ini.

Selain itu, abang Lan juga membantu keluarga arwah menguruskan jenaza keluarga yang ingin dikebumikan di lokasi tanah perkuburan tersebut.

Pendapatannya tidak menentu, Jika ada orang bersedekah setelah Abang Lan membantu mereka maka adalah untuk makan. Kadangkala masyarakat sekitar yang prihatin ada berkongsi makanan kepadanya. Namun seringkali beliau berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.

Kisah kehidupan Abang Lan ini salah satu kurniaan Tuhan kepada para hambanya yang percaya bahawa kebaikan melalui jalan sedekah atau membantu sesama insan itu sangat penting. Peluang sebegini pasti akan direbut oleh sesiapa yang yakin dan memahami fadhilat atau keistimewaan memberi kesenangan kepada sesama manusia.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *