[Bismillah] UP AND DOWN
Masa anak-anak masih kecik kita rasa bersemangat tengok keluarga miskin yang anak-anaknya baik-baik dan cemerlang dalam pelajaran. Kita sentiasa mengharapkan agar satu hari nanti anak-anak kita juga akan membesar dan berjaya seperti itu. Kita sanggup berhabis dan berkorban apa saja untuk anak-anak kita. Kelas tambahan jangan cakaplah … tak kisah berapa harga dan sejauh mana lokasinya kita pasti akan usahakan. Kita sentiasa rendah diri dan kagum dengan anak-anak dari keluarga miskin itu.
Masa berlalu …
Anak-anak kita membesar dan berjaya juga. Pegang jawatan yang pelbagai disektor awam dan swasta. Anak-nak kita juga sambung belajar ke luar negara sama seperti anak-anak dari keluarga miskin itu. Kita rasa sangat bangga. Cara percakapan dan keyakinan diri kita sudah berubah. Nada suara kita juga sudah lain. Kita bangga dengan kejayaan anak-anak kita sanga-sangat. Kita seringkali membandingkan kejayaan anak-anak kita lebih baik dari pencapaian anak-anak dari keluarga miskin dulu tu. Anak-anak dari keluarga miskin dulu tu sekarang tak adapun yang pegang jawatan besar, kerja di Putrajaya, jadi doktor dsbg. Mereka sekadar kerja biasa-biasa je. Kita mula pandang rendah kepada anak-anak dari keluarga miskin itu …
Masa berlalu …
Anak-anak kita jarang dapat balik jenguk kita. Kita sakit kritikal hari tupun terlantar kat hospital kerajaan anak-anak tak ada yang balik temankan kita atau temankan ibu diorang. Kita request nak masuk hospital KPJ Pakar Perdana anak-anak kita kata mahal membazir je masuk hospital swasta. Anak-anak kita tak belipun insurans untuk kita.
Anak-anak dari keluarga miskin yang jadi idola kita dulu jugak yang datang jenguk kita dan berbual-bual. Doakan kita. Solat dhuha dan solat hajat tepi katil kita.
Nada suara kita sudah mula perlahan.
Kita jadi confius … di mana dan apa yang tak kena ??