home Third Force SUMBANGAN BAJU RAYA 2 ANAK YATIM

SUMBANGAN BAJU RAYA 2 ANAK YATIM

SUMBANGAN BAJU RAYA 2 ANAK YATIM

Pasir Puteh (21/8/2018) |Sukarelawan Thirdforce Hisyam telah membawa 2 orang anak yatim yang tinggal di Kampung Gong Datok, Gaal ke pasar raya untuk membeli baju raya.

Nur Ain 14 tahun dan hidayah, 8 tahun serta 3 lagi adik beradiknya telah dijaga oleh neneknya setelah ibubapa mereka meninggal dunia. Kita dapati mereka layak untuk menerima baju raya ini. Biarpun raya ini adalah hari raya haji dan bukannya hari raya aidilfitri namun kesempatan untuk membelikan anak-anak yatim ini baju baru adalah satu kepuasan yang luar biasa.

Melihat wajah mereka yang ceria apabila dapat memakai baju baru, hati kami terasa sebak dan bersyukur kerana Allah hadirkan kalian semua yang terus menyumbang sikit sorang menjadikan usaha kemanusiaan ini dapat terus dilakukan.

Setelah habis membeli baju, kami membawa adik-adik ini ke KFC. Kata mereka ini kali pertama dalam hidup mereka makan KFC. Kami memberi peluang kepada mereka untuk menikmati makanan disini kerana sudah pasti ia sangat bermakna bagi anak-anak ini.

Hati kami begitu tenang dan lapang dapat membantu anak yatim ini. Abangraja selalu berpesan supaya anak-anak yatim ini diberikan penekanan soal pendidikan. Pesan kami kepada mereka belajar rajin-rajin dan kuatkan semangat serta jadi anak yang baik.

Bila kita baik bukan manusia sahaja yang sayang malah Allah juga akan sayang kita.

Terima kasih kepada semua keluarga besar Thirdforce dan lihatlah senyuman mereka hasil sumbangan kalian semua.

Jom jadi orang baik-baik.

Laporan oleh Hisyam dan Ramadan
Sukarelawan thirdforce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *