home Columns ISLAM BERKEMBANG DENGAN KASIH SAYANG

ISLAM BERKEMBANG DENGAN KASIH SAYANG

Baru-baru ini ada beberapa orang dengan keras melabel saya sekular dan liberal … penfitnah dan macm-macam lagilah … Yang kata kafirpun ada … Saya tak penah menjawab satupun … Saya mencari-cari sumber rujukan hadis dan fiqh sirah sebagai peneman dan panduan menemani hari-hari … memujuk hati bahawa kerja agama, bantu orang miskin, ajak orang mendekati Allah, ajak orang kenal Tuhan ini sememangnya penuh cabaran.

Bila penfitnah mengata orang fitnah apa lagi bila membawa imej agamawan ianya TETAP FITNAH. Label melabel kafir mengkafir jadi begitu mudah diungkapkan dan dihukumkan …

Beberapa orang guru, sahabat, pelajar dan juga adik-adik yang menemani perjuangan saya ada hantar mesej memberi sokongan termasuk beberapa orang bukan Melayu yang kini menjadi pendakwah hebat. Ada antaranya memeluk Islam setelah mendengar ceramah dan menyertai program bersama saya dulu …

Terima kasih semua …
Semoga Allah sentiasa berikan kita kekuatan …

Bila saya kongsikan trip saya ke Turki dan menulis posting tentang Kamal Atartuk yang dipuja oleh ramai rakyat Turki atas sumbangan Kamal Atartuk menghalau dan mengalahkan kuasa barat di akhir kejatuhan Othmaniah, saya dihentam lagi sekali sebagai liberalist dan berfahaman sekular menyokong Kamal Atartuk. Bila masa pulak saya menyokong ataupun menentang Kamal Atartuk pulak? Kamal Atartuk ke LGBT ke apa sajalah yang Allah larang maka kita jangan buat, jangan sokong. Sama-sama pakat pikir cara nak mengatasinya, nak didik masyarakat dan nak benteras bukannya nak hentam dan fitnah berterusan serta label melabel.

Orang tak buat dan orang tak sokong kita pulak pandai-pandai fitnah kata orang buat dan sokong semata-mata kerana kebencian melampau.

Bagi saya rasanya label melabel ini tak perlu dijawab dan takkan berkesudahan.

Kita teruskan sajalah dengan kerja kita membantu ummah membantu sesama manusia tak kira bangsa dan agama setakat yang termampu dalam kapasiti kita masing-masing.

Jaga solat
Jaga adab
Jaga diri
Jaga hati

Islam berkembang dengan kasih sayang
Bukan Kebencian …

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *