home Latest News ZIARAH MENYAYAT HATI KAK ROHANA YANG TERPINGGIR

ZIARAH MENYAYAT HATI KAK ROHANA YANG TERPINGGIR

ZIARAH MENYAYAT HATI KAK ROHANA YANG TERPINGGIR

Maha suci Allah yg memggerakkan hati dan kaki ini untuk melangkah berkunjung ke pondok usang jauh di pedalaman pasir mas melihat sendiri dengan mata seorang ibu yg kematian suami membesarkan seorang anak berusia 9 tahun keseorangan.

Kak Rohana namanya. Kisah beliau pernah saya kongsikan beberapa minggu lepas namun baru hari ini saya berkesempatan utk menziarahi beliau. Hidup di atas tanah pusaka peninggalan arwah keluarganya, kak rohana begitu tabah bersendiri mengharungi liku-liku hidup disamping menderita sakit kencing manis.

Beliau yang sebak memberitahu tak mampu utk ke hospital mendapatkan rawatan dan bergantung sepenuhnya dengan bantuan RM100 sebulan dari JKM. Subhanallahhh… RM100 sebulan itulah yg beliau gunakan utk belanja sekolah anaknya, makan, perubatan bil letrik dsbg.

Cukup ke?

Kak Rohana hanya diam menahan sebak sambil mengesat air mata. Bila di tanya apa bantuan yg beliau sangat perlukan beliau memohon kita bantu persekolahan anaknya dan bantu beliau buat pagar sikit sekitar rumahnya untuk beliau bercucuk tanam. Seringkali lembu2 orang kampung yg dilepaskan memakan pokok serai dan sayur2 yg beliau tanam.

Beliau tak mintak duit walaupun hidup serba dhaif. Sifat rendah diri dan kentalnya hati beliau menelusuri hari2 beliau menjadikan kami semua sebak…

Sebenarnya kak rohana perlukan apa saja bantuan yg kita boleh berikan. Apa saja. Perubatan terutamanya.

Entahlah…. Semoga Allah berikan kita petunjuk dan kekuatan utk membantu mereka…

Jommmm bersama saya. Kita jadi orang baik-baik. Kita bantu setakat yg termampu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *