home Third Force IBU TUNGGAL DAN TIGA ORANG ANAKNYA SERING DIGANGGU OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGUNGJAWAB

IBU TUNGGAL DAN TIGA ORANG ANAKNYA SERING DIGANGGU OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGUNGJAWAB

IBU TUNGGAL DAN TIGA ORANG ANAKNYA SERING DIGANGGU OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGUNGJAWAB

SEMPORNA _ 26 Ogos 2018 | Salah seorang asnaf yang mendapat bantuan membina pondok, bantuan peralatan dapur, kelengkapan hidup seharian dan bantuan barangan dapur perbulan daripada PERKALAS@TF SABAH sering berasa tidak tenteram kerana kerap menerima pelbagai ugutan dan ancaman.

Hampir setahun yang lalu team sularelawan membantu keluarga puan Kamariah dari terus menjadi homeless. Ketika itu puan Kamariah (warganegara Malaysia) bersama tiga orang anaknya termasuk seorang bayinya hidup dijalanan dengan mengemis.

Setelah diberikan bantuan yang semampu kami, puan Kamariah selesa tinggal di pondok yang dibina hasil bantuan sekarelawan dan kebenaran bertulis daripada ketua kampung. Sayangnya kebahagiaan itu tidak lama.

Tandas yang dibina untuk puan Kamariah telah disumbat batu kelikir (mangkuk tandas) oleh mereka yang tidak bertangungjawab. Dinding pondok yang dibina dengan bahan-bahan binaan baru telah ditoreh dan dicucuk menggunakan senjata tajam. Saat ini pondok ini terpaksa diletakkan papan lapis bekas untuk menapal segala lubang.

Bekalan Air dan elektrik juga tarif yang dikenakan daripada jiran mereka sangat mahal sehingga Puan Kamariah tertekan dan terpaksa mengemis semula di sekitar pasaraya besar di Semporna untuk membayar elektrik dan air.

Entah apalah nasib keluarga Puan Kamariah di Kampung Air ini. Adakah akan kembali mengemis dengan anaknya di jalanan??
Adakah ada manusia berhati mulia yang tampil untuk membantu puan Kamariah mendapatkam tempat tinggal yang lebih selamat ?? Atau akan bertambah insan jalanan dan pengemis yang berstatus ibu tunggal dan warganegara Malaysia.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *