home Latest News KASIH ABANG YANG TAK BERTEPI : KISAH ZAIDI DAN ADIK-ADIK

KASIH ABANG YANG TAK BERTEPI : KISAH ZAIDI DAN ADIK-ADIK

KASIH ABANG YANG TAK BERTEPI : KISAH ZAIDI DAN ADIK-ADIK

Alhamdulillah petang ni saya dan rakan-rakan sukarelawan Thirdforce diizinkan Allah untuk hadir menziarahi Saudara Zaidi anak yatim piatu yang menjaga adik-adik nya sejak kecil lagi bilamana kedua ibubapanya meninggal dunia. Kisah pengorbanan Zaidi seorang abang yang berhenti sekolah dan bekerja sebagai buruh binaan demi untuk membesarkan adik-adiknya ini telah saya kongsikan di sini baru-baru ini. Kebetulan semalam hari jadi Zaidi maka kami bawa kek meraikan Zaidi dan adik-adiknya.

Kehadiran kami ke rumah peninggalan arwah pakcik Ramli iaitu bapa kepada anak-anak yatim ini memperlihatkan keadaan rumah yang sangat uzur dan dhaif. Kami faham betapa sukarnya Zaidi hidup membesarkan adik-adiknya dengan hanya kerja buruh binaan dengam pendapatan yang tak menentu. Kita merancang untuk membaiki rumah ini agar ianya lebih selamat untuk mereka berteduh. Ketika di tanya ada pintu dapur tak? Mereka hanya jawab takpe dah ada langsir. Hati tiba-jadi jadi sebak dengan kerendahan diri anak-anak yatim ini yang tak meminta minta.

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing and outdoor
rombongan Thirdforce hadir kerumah Zaidi di Tumpat, Kelantan. turut hadir pengasas the Thirdforce, Raja Shamri Raja Husin

Air bersih juga tak ada di kawasan penempatan ini dan mereka guna air dari telaga tiub yang sangat kotor dan keruh terutama musim kemarau. Air paip hanya ada pada waktu tengah malam dan kena tunggu 2 jam utk hanya dapatkan satu baldi air. Sekarang 2 adik Zaidi masih bersekolah. Seorang darinya bernama Ismail yang sangat sopan dan baik tutur katanya walaupun dia seorang oku. Seorang lagi adiknya baru pulang dari sekolah dan sedang belajar di tingkatan 3. Sayu hati melihat anak bongsu yang kematian ayah dan ibu sejak berusia 6 tahun ini mengenakan baju sekolah yang di kancing di lengan dan betudung labuh… Cerminan kesempurnaan pegangan agama anak ini…

Adik-adik zaidi ada yang bekerja di kedai makan dan ada yang terpaksa berkorban untuk masak dan uruskan adik-adik yang bersekolah. Begitulah hebatnya anak muda ini menguruskan dan menjaga adik-adiknya setelah mereka jadi yatim piatu. Bila ditanya apa yang kita semua boleh bantu Zaidi hanya mengharapkan kita semua dapat bantu baiki rumah peninggalan arwah bapanya itu. InsyaAllah kita sama-sama bantu ya…

Untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang bolehlah mesej ke inbox Facebook page abangraja ni atau WhatsApp abangraja 0173872232.

Kisah Zaidi adalah inspirasi kepada kita semua pengorbanan seorang abang membesarkan adik-adiknya.

Jommmm kita tanam saham akhirat kita disini sikit sorang. Kita jadi orang baik-baik.

Abangraja
Kampung Tujuh
Tumpat Kelantan
29 Ogos 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *