home Columns ABANGRAJA, SEKOLAH LAMA DAN KAYUHAN MERDEKA : SAYANGI MALAYSIAKU

ABANGRAJA, SEKOLAH LAMA DAN KAYUHAN MERDEKA : SAYANGI MALAYSIAKU

ABANGRAJA, SEKOLAH LAMA DAN KAYUHAN MERDEKA : SAYANGI MALAYSIAKU

Alhamdulillah pagi ni abangraja kembali ke sekolah lama abangraja dulu di SMK Gaal Pasir Puteh untuk bersama-sama adik-adik dalam Program Kayuhan Kemerdekaan. Rasa bersemangat dari pagi lagi bila bangun tidur untuk ke sekolah. Seronok dapat kembali ke sekolah lama dan berjumpa dengan cikgu-cikgu …

Ramai yang dah meninggal dunia dan pencen namun masih ada beberapa orang yang masih mengajar di situ. Cikgu Yurozian, Cikgu Kamariah dan Cikgu Zaiton adalah antaranya yang masih ada. Setiap kali bersama cikgu-cikgu yang pernah mengajar diri tak kiralah kat manapun bila terjumpaini terasa kecil dan hina sangat. Perasaan rendah diri dan sayang cikgu datang membuak-buak. Ucapan terima kasih tak terucap rasanya.

Pagi ni rasa bersemangat dapat melepaskan adik-adik untuk kayuhan berbasikal bersama Pengetua dan VIP jemputan Dato’ Kamarudin sempena sambutan hari kemerdekaan. Thirdforce menyumbang tenaga dan jentera 4 X 4 untuk membantu kelancaran program melibatkan semua para pelajar ini. Jiwa patriotik dan kenangan memenangi pertandingan puisi hari kebangsaan satu masa dulu menerjah memori.

Negara ini negara kita bersama
Jommm kita bina kembali dengan kasih sayang bukan kebencian …
Kita jadi warganegara yang bersatu padu pelbagai kaum dan agama …
Kita tanam rasa saling hormat menghormati sesama kita

Seorang rakan group whatsapp forward kata-kata kat abangraja pagi ini dalam group whatsapp :-

Image may contain: 14 people, people smiling, outdoor” KFC tak pernah kutuk McDonald’s..
McDonald’s tak pernah dengar mengata KFC..
Tapi keduanya menjadi antara syarikat yang terunggul di dunia..

Mercedes tidak pernah menghancurkan BMW.
BMW tidak pernah memusnahkan Mercedes
Ferrari tak pernah kondem Lamborghini
Lamborghini juga tak pernah menjatuhkan Ferrari…
Kereta jenama ni semua menjadi kereta
yang terkenal di dunia

Kita tidak perlu memfitnah orang lain untuk menaik kan diri kita.
Tak perlu memburukkan orang lain agar diri nak nampak bagus…
Kita tidak perlu meletakkan diri kita di tempat tinggi moral
untuk mengkritik orang lain dari semasa ke semasa…

Menghormati lawan, menghormati rakan-rakan, dan saling membantu untuk mencapai satu sama lain.
Kecemerlangan kita tidak akan dikekalkan dengan cara menghancurkan
orang yang lain…
Kesempurnaan terhasil dari muafakat, bukan dengan mencari perbezaan…

Jgn menhina org lain. 😟😁

Kita tolak perkauman sempit habis-habisan
Kita tolak jauh-jauh apa saja elemen taksub melampau
Kita tentang apa saja rasuah dan salah guna kuasa tak kira siapa
Demi anak-anak cucu kita …
Demi usia tua kita …

Semoga Allah rahmati kita dan negara kita ini
Aminnnn …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.