home Columns KISAH PILU NENEK ASMAH YANG HIDUP DI PONDOK BURUK BERSENDIRIAN

KISAH PILU NENEK ASMAH YANG HIDUP DI PONDOK BURUK BERSENDIRIAN

KISAH PILU NENEK ASMAH YANG HIDUP DI PONDOK BURUK BERSENDIRIAN

LAHAD DATU _ 31 OGOS 2018 | Hatiku tergerak untuk kongsikan sebuah kisah seorang nenek yang hidup sebatang kara di sebuah pondok yang terlihat sangat tidak sesuai untuk manusia hidup di dalamnya. Lihat sahaja dindingnya hanya bertampal zink dan kayu buruk. Pintu pula terbuat daripada sehelai zink yang dilipat sebagai penghalang binatang seperti anjing dan ayam masuk ke pondok itu.

Tidak berlantai hanya sebuah katil ehsan jiran tetangga untuk tubuh nenek uzur itu berehat dan mungkin memikirkan kesudahan nasibnya. Saat ini nenek tidak sihat kerana kakinya sering sakit. Masa nenek sihat dia sangat baik dengan orang kampung dan sering menolong orang yang dalam kesusahan.

Beberapa tahun ini keadaan kesihatan si nenek semakin merosot dan sukar bekerja. Makan dan minum hanya diperolehi daripada ehsan pemberian jiran-jirannya. Namun mereka hanya dapat membantu termampu mereka kerana kehidupan mereka juga agak susah.

Waktu malam dan hari hujan merupakan hari yang paling mencabar untuk si nenek. Manakan tidak kesejukan cuaca malam dan air hujan pasti menembusi pondok buruk itu dan melemahkan tubuh uzur warga emas ini.

Apakan daya inilah nasib dan suratan yang perluh nenek Asmah ini tempuhi seorang diri. Hendak meminta simpati orang ramai jauh sekali untuk si nenek. Sakit, lapar, kesejukan di malam hari, kepanasan di siang hari sudah menjadi kebiasaan hidupnya. Telah bertahun-tahun Nenek Asmah melaluinya.

Di mana keluarga atau anaknya???? biarlah menjadi rahasia si nenek aku dan team sukarelawan PERKALAS@TF SABAH tidak sampai hati untuk bertanyakan itu semua. Melihat raut wajah si nenek dari celah zink-zink buruk itu sudah cukup buat hati kami tersentuh dengan penderitaannya.

Saat ini bila ada yang bertanya di mana keluarganya atau saudara-saudaranya?????
Di mana anak-anaknya???
jawapannya sangat mudah…
kita lah keluarga se Islamnya yang nenek ini miliki.
Bukankah setiap muslim itu bersaudara???

Maaf Nek Asmah kami di PERKALAS@TF SABAH juga seperti mu tidak pandai dan sangat berat meminta-minta kepada manusia untuk mendapatkan sesuatu. Itu prinsip yang tidak boleh dijual beli dalam kalangan anak muda PERKALAS@TF SABAH. Berdoalah semoga rezeki kami dan para keluarga besar PERKALAS@TF SABAH ini diberikan kelapangan. Agar dinding zink yang uzur dan berlubang itu dapat kami tukar dan membina sebuah tempat berteduh yang lebih selesa.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *