home Construction BANTUAN BAIKI RUMAH KEPADA ATOK RAHIM

BANTUAN BAIKI RUMAH KEPADA ATOK RAHIM

Gong Datuk, Pasir Puteh (1 September 2018) | Mengambil peluang hari cuti, sukarelawan Thirdforce walaupun padat hari ini dengan perasmian pembukaan pusat latihan memanah tetapi ada yang sempat juga menziarahi lagi Atuk Rahim yang kudung sebelah kaki setelah dipotong akibat penyakit diabates(kencing manis) tinggal berdua bersama isteri yang juga uzur bagi membantu ganti bumbung yang tiris sana sini.

Image may contain: 1 person, standing, tree, shoes and outdoor
sukarelawan membantu menukar zink rumah atok Rahim di Kampung Gong Datok, Gaal Pasir Puteh.

Kita telah berbincang dengan abangraja untuk bantu atuk Rahim dan isterinya terutama bantuan moral dan sokongan emosi, baiki bumbung rumah yang bocor sana sini serta apa juga keperluan mereka berdua. Terima kasih semua yang datang membantu semuanya percuma tanpa elaun atau gaji.

Semuanya kerana ingin berebut saham akhirat masing-masing. Itulah yang abangraja tanamkan dalam diri kami semua para sukarelawan. Bantu setakat yang termampu dengan cepat tanpa banyak protokol dan birokrasi. Jangan tunggu orang bagi sumbangan baru nak bantu. Bantu dulu dengan apa saja cara kemudian baru ajak dan kongsikan dengan orang ramai. Elakkan cari salah sesiapa. Sebarkan kasihy sayang bukan kebencian.

Selebihnya serah pada Allah.
Itulah yg abangraja selalu pesan kepada kami.

Jommmm rebut saham akhirat bersama-sama.
Kita jadi orang baik-baik.

Abe Ise
Kampung Gong Datuk
Sukarelawan Thirdforce
1 September 2018

#jomjadiorangbaikbaik
#rajashamri2022
#thirdforce
#sayangimalaysiaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *