home Latest News PROGRAM ZIARAH ASNAF DAN FAKIR MISKIN

PROGRAM ZIARAH ASNAF DAN FAKIR MISKIN

PROGRAM ZIARAH ASNAF DAN FAKIR MISKIN

TAWAU _ 1 September 2018 | Alhamdulillah hari ini bermula jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang sebanyak 25 keluarga asnaf dan fakir miskin berjaya di ziarahi. Pada kali team PERKALAS@ The 3rd Force Sabah telah berkongsi sedikit duit belanja harian, Barang permainan kanak-kanak dan makanan asas hasil sumbangan keluarga besar PERKALAS @The 3rd Force Sabah di seluruh Malaysia.

Aktiviti kali ini bukan sahaja sukarelawan berkongsi barangan sumbangan namun lebih dari itu dapat bertanya khabar serta melihat keadaan terkini asnaf dan fakir miskin ini.

Image may contain: 5 people, people sitting, child, baby and outdoor
antara yang mendapat manfaat daripada sumbangan anda semua adalah kanak kanak.. perhatikanlah wajah-wajah keceriaan anak anak ini. nampak kecil dimata kita namun cukup bermakna kepada mereka.

Alhamdulillah hasil ziarah kali ini beberapa permasalahan asnaf dapat terbantu secara langsung. Selain itu, satu keluarga asnaf kami ini team sukarelawan bersetuju untuk membuat kerja-kerja pemulihan rumahnya yang terlalu uzur.

In sya Allah kerja-kerja membaik pulih rumah ini akan bermula secepat mungkin. Ianya merangkumi kerja-kerja membaik pulih lantai, dinding dan atap rumah.

Terima kasih kepada seluruh barisan sukarelawan PERKALAS @TF SABAH yang telah berusaha meluangkan masa menjayakan program hari ini. Kami juga mengungkapkan setinggi penghargaan kepada semua orang-orang yang dipilih oleh Allah untuk sentiasa menyebarkan gelombang kebaikan ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.