home Latest News MAKANAN PERCUMA UNTUK ANAK JALANAN DAN ANAK-ANAK TANPA NEGARA

MAKANAN PERCUMA UNTUK ANAK JALANAN DAN ANAK-ANAK TANPA NEGARA

EDARAN MAKANAN DAN MINUMAN PERCUMA UNTUK ANAK JALANAN DAN ANAK-ANAK TANPA NEGARA

SEMPORNA_ 2 September 2018 | Kehidupan ini akan lebih bermakna dengan kita berkongsi kegembiraan kepada orang lain terutama mereka yang hidup dalam kekurangan. Tidak kira apa statusnya, suku bangsa apapun dan kepercayaannya atau agamanya mereka harus dibantu.

Image may contain: one or more people
Antara anak anak yang sukarelawan temui ketika menberi banruan makanan kepada mereka. hati kami sebak sehingga menitiskan air mata melihat anak ini tidur beralaskan kotak tanpa pengawasan daripada kedua ibubapa

Sebungkus mee goreng dan sebotol air mineral akan jauh lebih bermakna jika diberikan kepada golongan yang sangat-sangat memerlukan. Contohnya kepada anak-anak tanpa negara dan anak jalanan yang hidup tidak terurus.

Sedih melihat anak-anak ini tidur di kaki lima tanpa alas. Berhujan, berpanas, mengais sampah sarap, berkaki ayam, rambut kekuningan itu ciri mereka. Namun semua itu tidak penting kerana mereka juga manusia dan hidup di tanah tempat orang merdeka.

Pastinya manusia yang hidup di bumi merdeka juga mempunyai minda yang merdeka. Salah satu ciri minda merdeka ialah manusia yang akan membela golongan terpinggir dan tertindas (anak-anak jalanan dan tanpa negara).

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *