home Construction BANTUAN SEGERA MEMBAIKPULIH ATAP RUMAH YANG BOCOR

BANTUAN SEGERA MEMBAIKPULIH ATAP RUMAH YANG BOCOR

BANTUAN SEGERA MEMBAIKPULIH ATAP RUMAH YANG BOCOR

Pasir Puteh – hari ni kita berusaha lagi untuk membaikpulih atap rumah sepasang suami isteri yang mana rata-rata atap rumahnya bocor dan reput.

Rumah ini didiami oleh sepasang suami isteri yang sangat uzur. Isterinya yang dipanggil Moknah (56 tahun) bekerja sebagai tukang urut yang mana pendapatannya tidak menentu. Manakala suaminya pula Pokmuda Rohim (58 tahun) ialah seorang penghidap kencing manis serius yang mana kakinya telah dipotong 2 tahun yang lalu.

Mereka hanya bergantung kepada bantuan yang diterima Rm150 sebulan daripada JKM bagi melengkapkan kehidupan mereka untuk menjalani hari-hari mereka.

Abang Isam telah berbincang dengan tukang rumah dan mereka juga bersetuju untuk menjadi sukarelawan thirdforce bagi membantu menukar atap rumah tanpa mengharapkan sebarang upah.

Di sini kita dapat lihat slogan yang diterapkan oleh Abg Raja iaitu ” Jom Jadi Orang Baik-Baik” mampu membuka mata orang ramai untuk sama-sama membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk dijadikan saham akhirat mereka.

Masing-masing berebut nak buat pahala. Alhamdulillah.

Setelah beberapa siri perbincangan dengan abangraja, sukarelawan thirdforce Abe Yie dan Abe Lie menukar atap dengan kadar segera kerana tidak sampai hati untuk melihat mereka suami isteri terpaksa menggunakan baldi di merata tempat dalam rumah untuk menampung air hujan yang jatuh mencurah ke atas atapnya yang bocor itu lebih-lebih lagi pada waktu ini adalah musim hujan.

Setelah selesai menukar atap rumah mereka kita dapat lihat jelas terpancar cahaya kegembiraan dimuka warga emas ini walaupun kita belum mampu untuk membaiki sepenuhnya.

Bila kita berbuat baik, bukan sahaja manusia yang sayang, malah Allah juga akan sayang kita.

Terima Kasih kepada semua keluarga besar ThirdForce kerana sudi membantu. Sebarang pertanyaan boleh inbox Abg Raja.

‘Jom Jadi Orang Baik Baik ‘

Disediakan oleh
Isam
sukarelawan ThirdForce
Gong Datuk Pasir Puteh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.