home Latest News URUSAN BANK KAK ROHANA

URUSAN BANK KAK ROHANA

URUSAN BANK KAK ROHANA

Beberapa hari lepas kita telah berusaha membawa asnaf yang kita sama-sama bantu untuk membuka akaun di bank. Kunjungan kita ke rumah Kak Rohana petang tu mempertemukan kita dengan anak Kak Rohana yang berusia sembilan tahun.

Hati sayu melihat anak ini yang sentiasa ceria walaupun kita tahu jauh di sudut hati kita bagaimana beliau membesar dalam sebuah rumah serba usang tiris dimerata tempat tanpa ada ruang yang sempurna untuk makan, tidur dan belajar. Anak ini yang begitu rapat dengan ibunya Kak Rohana seolah menelan bulat-bulat kesedihan dan kesunnyian serta keperitan yang ditanggung ibunya perlu berjaya dalam pelajaran untuk meneruskan kelangsungan hidupnya bersama ibunya Kak Rohana yg menderita diabates.

Abangraja telah bersetuju agar kita semua keluarga besar thirdforce membantu anak ini sikit seorang menjadikan bantuan tetap RM250 sebulan sebagai biasaiswa untuknya sehingga beliau habis belajar. Sama-sama kita bantu ya …

Image may contain: 2 people, people sitting, screen and indoor
kak Rohana ditemani Kak Lah, sukarelawanan Thirdforce Pasir Mas telah membawa beliau ke bank untuk urusan membuka akaun

Sewaktu nak buka akaun bank ada sedikit kesukaran diperingkat awal sebab pihak bank seperti tak mahu atau tak benarkan kita bukak akaun untuk kak Rohana kerana kita ni dilihat sebagai pihak ketiga dan pihak bank khuatir kita nak ambil kesempatan keatas Kak Rohana. Maka bank minta kita keluarkan surat mengesahkan Kak Rohana adalah asnaf dibawah seliaan kita. Selepas Abangraja menghubungi sahabat-sahabat beliau keluarga Thirdforce di bank lain dan menerangkan tugas dan fungsi Thirdforce yang membantu asnaf sekian lama barulah urusan buka akaun ni dibenarkan untuk di teruskan.

Terima kasih kepada semua adik-adik dan rakan-rakan pegawai bank yang membantu mempercepatkan urusan dan memudahkan urusan tersebut.

Kak Rohana yang hidup bergantung sepenuhnya dengan bantuan RM100 dari JKM perlu kita sama-sama bantu. Abangraja plan untuk baiki bumbung pondok usang Kak Rohana yang tiris dimerata tempat. Kak Rohana kata pihak majlis agama ada hubungi beliau untuk bantu bina rumah tapi kata mereka keputusan muktamad 3 bulan lagi. Jadi kita rasa kita baiki bumbung dulu lah jika benar 3 bulan lagi boleh dapat bantuan rumah.

Jika ianya janji kosong maka lepas 3 bulan nanti kita cuba ikhtiarkan bina rumah barulah untuk Kak Rohana dan anak keciknya. InsyaAllah … Buat sementara waktu juga abangraja pesan agar kami bawa Kak Rohana ke klinik perubatan dengan segera untuk mendapatkan rawatan kerana Kak Rohana sudah setahun lebih tak ke mana-mana hospital atau klinik kerana tak mampu nak bayar tambang … tak mampu … tak mampu … 

Takpelah …kita bantu setakat yang termampu selebihnya kita serah pada Allah.

Kepada keluarga besar thirdforce yang membaca posting ini jommm sama-sama kita jadi orang baik-baik kita rebut saham akhirat ini. Hubungi abangraja whatsaap di 017-3872232 atau mesej ke inbox facebook page ini untuk detail bagaimana boleh sama-sama membantu.

Program bantuan thirdforce ni ada banyak. Setiap hari ada saja program bantuan diseluruh negara. Bantulah kerana Allah walau hanya dengan doa.

Fariq dan Iskandar
Tanah Merah
Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *