home Columns RAJA SHAMRI FOR PRU15 ??

RAJA SHAMRI FOR PRU15 ??

RAJA SHAMRI FOR PRU15 ??

Sekumpulan tokoh korporat dan sahabat-sahabat sewaktu belajar di universiti dulu datang bertemu saya dan menawarkan diri, kepakaran dan dana mereka untuk membawa saya ke Parlimen for the next General Election PRU15. Mereka rupa-rupanya bukan calang-calang. Ada yang dari konsortium dan gabungan pelabur, tokoh korporat dari rangkaian industri yang besar.

Cukup untuk menjadikan hati ini berdebar dan cemas sedikit.

Mereka sahabat-sahabat saya yang mengenali saya dari kecil. Mereka selusuri perjuangan saya membela nasib orang miskin sejak dulu, bagaimana saya bangkit melalui pelbagai kesukaran dari keluarga miskin, akumni peserta program saya yang telah melebihi 1 juta orang, rangkaian sukarelawan thirdforce yang berada diseluruh negara dengan bilangan penggerak aktif rinbuan orang dan visi serta misi saya kepada pembangunan bangsa (Nation Building).

Saya sesungguhnya tak biasa dan tak reti apa-apapun bab ini kerana apa yang saya lakukan dalam membantu orang miskin, pendapat yang diutarakan dan usaha yang diperjuangkan mendidik anak bangsa sekian lama ini bukan bertujuan untuk ke parlimen. Ianya kerana Allah semata-mata sekadar mengajak orang ramai dan diri sendiri sama-sama mengumpul saham akhirat masing-masing.

Saya di beri taklimat bagaimana kerja kempen perlu dilakukan bermula dari sekarang dan mereka bersedia untuk membantu saya, merangka dan merancang sebagaimana Barrack Obama juga dibantu seperti itu oleh sekumpulan pasukan khas yg akhirnya menjadikan seorang ‘black’ yg mustahil untuk jadi Presiden Amerika akhirnya dipilih menjadi Presiden Amerika.

Sebenarnya saya sedar orang politik ada yang tak berapa suka saya dan kerja-kerja kemanusiaan saya ni … baik kerajaan mahupun pembangkang kerana saya tanpa sengaja reaveal ketirisan, kerlemahan dan ketidak cekapan melalui perkongsian kisah-kisah masyarakat tersebut. Sesetengah dari mereka merasakan saya mencabar populariti dan mileage politik mereka. Walhal kalaulah mereka ni “cerdik” … sepatutnya mereka datang untuk bersama-sama saya bantu orang miskin … mereka akan dapat mileage free …

Takpelah …

Persoalannya :

Nak bertanding parti apa dan kawasan mana?
Perlukah begitu?
Tanpa ke parlimenpun bukankah kita sudah buktikan dan sedang buktikan bahawa usaha membela nasib mereka yang memerlukan tetap boleh dilakukan?
Atau adakah kerana saya hendak dipergunakan untuk mengambil tempias aura berkembangnya pengaruh dan gelombang thirdforce ini?
Atau mungkin ianya satu permintaan yang genuine untuk menjadi wakil golongan terbawah voice out suara mereka di Parlimen?

Izinkan saya “berbincang” dengan Allah dulu. Dialah pemilik alam ini di mana saya diminta untuk mentadbirnya itu. Let Allah decide … i prefer that way.

Wallu’alam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.