home Technology BANTUAN MESIN BRAILLE UNTUK MAHASISWA OKU BUTA

BANTUAN MESIN BRAILLE UNTUK MAHASISWA OKU BUTA

BANTUAN MESIN BRAILLE UNTUK MAHASISWA OKU BUTA

TAWAU_ 6 September 2018 | Sebelum ini team PERKALAS@TF SABAH ada mengangkat kisah adik Ahar pelajar OKU buta yang mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah. Adik ini berasal dari keluarga yang susah. Ibunya hanya bekerja sebagai penjual buah-buahan.

Alhamdulillah hari ini team PERKALAS@The 3rd Force Sabah berusaha menyampaikan amanah (mesin Braille dan kertas Braille) daripada salah seorang keluarga besar PERKALAS@The 3rd Force Sabah kepada adik Ahar. In sya Allah di Kota Kinabalu nanti Cikgu Arman akan menguruskan penghantarannya kepada adik Ahar.

Terima kasih kepada penyumbang (seorang guru) dan terima kasih kepada Cikgu Arman (Guru kepada adik Ahar) yang sanggup bersusah payah membantu. Semoga Allah merahmati kita semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *