home Construction, Newsletters TABAH HATI KAK ROHANA : ALLAH SEDANG MENGUJIMU

TABAH HATI KAK ROHANA : ALLAH SEDANG MENGUJIMU

TABAH HATI KAK ROHANA : ALLAH SEDANG MENGUJIMU

9/9/2018 – Sukarelawan Thirdforce hari ini mengunjungi lagi Kak Rohana seorang asnaf ibu tunggal yang tinggal di Kampung Candang Chetok Pasir Mas Kelantan untuk melihat dan merancang apa yang boleh dibantu terutama menyedari pondok usang yang didiami beliau dan anaknya yang berusia 9 tahun itu sangat uzur dinding dan bumbungnya sewaktu kali pertama kita kunjungi beliau bersama abangraja dulu.

Abangraja telah menghubungi kami banyak kali untuk pergi ziarah lagi dan lihat serta bantu kak rohana terutamanya bila hujan lebat berlaku. Rasanya setiap kali hujan lebat abangraja jadi gelisah dan meminta kami segera ziarah kak rohana. Beliau sangat risau dan bimbangkan keadaan kak rohana terutamanya anak beliau, buku-buku dan baju sekolah yang pasti akan basah dan rosak jika bumbung itu tak dibaiki segera.

Keadaan atap zink rumah kak Rohana yang banyak mengalami kerosakan iaitu bocor sana sini menyebakan kak Rohana dan anak mengalami kesukaran untuk berteduh terutamanya pada musim hujan. selain daripada itu, keadaan atap zink yang rosak serta bocor yang seolah tak terbaiki rasanya dari pengamatan saya menyebabkan banyak barangan dalam rumah beliau mengalami kerosakan termasuk papan lantai jadi reput akibat titisan air hujan yang mengalir melalui atap zink yang bocor.

Image may contain: 1 person
Rasanya setiap kali hujan lebat abangraja jadi gelisah dan meminta kami segera ziarah kak rohana. Beliau sangat risau dan bimbangkan keadaan kak rohana terutamanya anak beliau, buku-buku dan baju sekolah yang pasti akan basah dan rosak jika bumbung itu tak dibaiki segera”.

Walaupun kita diberitahu Majlia Agama dah bersetuju untuk usahakan bantuan rumah kepada kak rohana tapi katanya ambil masa at least 3 bulan lagi untuk tahu keputusannya. Jadi kita rasa kita tak boleh tunggu 3 bulan sebab sekarang hampir setiap petang hujan. Musim tengkujuhpun dah tak lama dah. Apa kata kita pakat-pakat bantu baiki bumbung rumah kak rohana ni sementara tahu keputusan dari majlis agama 3 bulan lagi.

Untuk urusan bawa kak rohana ke klinik dapatkan rawatan kita dah bincang untuk bawa beliau ke klinik pasukan perubatan thirdforce di klinik primer cherang kota bharu. Yuran sekolah dan apa saja bantuan pendidikan anak kak rohana iaitu adik hafiez abangraja dah bersetuju agar kita pakat-pakat bantu rm250 sebulan.

Kak rohana hanya dapat bantuan JKM RM100 sebulan dan beliau sangat uzur sekarang ni setelah terlibat dalam kemalangan beberapa tahun dulu disamping sakit diabetes yang dihidapinya tanpa rawatan lebih setahun kerana beliau tak mampu untuk ke hospital.

Jom sama sama kita membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira agama,warna kulit, bangsa, serta fahaman politik, kerana setiap daripada itu adalah ujian dan hikmah kepada orang beriman…

Mesej je inbox Facebook page abangraja untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang atau WhatsApp abangraja 0173872232.

#jomjadiorangbaikbaik

Jom Jadi Orang Baik-baik.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

“CEPAT, TEPAT KE SASARAN”

Raja Shamri bin Raja Husin
Pasir Puteh, Kelantan
Whatsapp: 017-3872232

#bantuankakrohana
#thirdforce
#rajashamri2022
#jomjadiorangbaikbaik

Cc:
Fariq
Tanah Merah Kelantan.
Hp: 0145371765

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *