home Latest News, Newsletters MENYANTUNI KELUARGA ASNAF DENGAN DUA OKU

MENYANTUNI KELUARGA ASNAF DENGAN DUA OKU

MENYANTUNI KELUARGA ASNAF DENGAN DUA OKU

Salam semua …

Hari ni kami seramai 5 sukarelawan Thirdforce Perak ke Kg. Dato Seri Kamarudin untuk mengunjungi satu keluarga asnaf di No. 31-B pada 6 September 2018. Kami tiba sekitar jam 4.15 petang hasil dari maklumat yang di terima dari orang ramai.

Image may contain: 1 person, sitting
Halimah bt Mat, yang tidak boleh berjalan akibat serangan strok tinggal bersama 7 orang adik beradik.

Azmi b. Shaari @ Bakar bersama ibunya, Halimah bt Mat, yang tidak boleh berjalan akibat serangan strok tinggal bersama 7 orang adik beradik. Kedua-dua darinya tidak boleh berjalan tetapi menggunakan kerusi roda.Saudara Azmi tidak boleh berjalan akibat kemalangan beberapa tahun yang lepas.

Semasa kunjungan, kami dimaklum yang keluarga ini tak pernah menerima bantuan dari mana-mana pihak yang kerajaan atau swasta. Mereka pernah memohon bantuan Baitulmal & JKM tetapi ditolak. Semasa kami melawat, kami dimaklum keluarga ini menerima sepucuk surat daripada Baitulmal.

Adik-beradik keluarga tersebut bekerja sebagai penebar roti canai & menjahit dengan pendapatan yang rendah. Keadaan keluarga yg dhaif ini sangat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita semua. Makan minum terpaksa ditanggung, kedua-dua memerlukan lampin dewasa untuk seminggu kerana 1 beg lampin hanya bertahan selama 2 hari dan mereka ada masalah pengangkutan. Mereka ada juga dapat bantuan daripada saudara-mara dan jiran yang terdekat.

Peranan Third Force Perak iaitu menghantar keperluan asas seperti biskut, makanan asas, lampin dan sebagainya. Kami juga membincangkan cara mandapatkan bantuan mana-mana pihak yang sudi menolong. Keluarga juga meminta bantuan dalam bentuk bantuan kerusi roda untuk boleh naik ke pengangkutan / van khas untuk boleh menaiki kerusi roda.

Buat masa ini apa yang kami nampak keluarga ini sangat memerlukan bantuan daripada JKM atau mana-mana pihak untuk menolong. Untuk itu rasanya kita perlu mencari van khas untuk menaiki kerusi roda & bantu keluarga ini mengisi borang permohonan bantuan zakat /JKM.

Kalau ada yang ingin mrmbuat sumbangan kepada saudara Azmi dan ibunya boleh mesej ke inbox Facebook The Thirdforce Perak atau whatsapp no hp di bawah ya 

Kami berpisah pada jam 4.50 petang.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

Aqil Nasyrani
H/P: 018-5712849
The Thirdforce Perak
6 September 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.